Skip to main content

Singapura

Tindakan diambil terhadap lebih 230 pusat makan bagi tangani isu pembiakan tikus

Anggaran Waktu Membaca:
Tindakan diambil terhadap lebih 230 pusat makan bagi tangani isu pembiakan tikus

(Gambar hiasan: G. Scott Segler/ Wiki Commons)

Diterbitkan : 02 Jun 2026 10:29PM Dikemas Kini : 02 Jun 2026 10:30PM
SINGAPURA: Pembiakan tikus di tempat-tempat makan kekal menjadi kebimbangan kesihatan awam di Singapura, dengan pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap lebih 230 tempat makan tahun lalu.

Walaupun pengendali berlesen dikehendaki melaksanakan langkah pencegahan yang betul, para perniaga memberi amaran bahawa
tindakan cuai seorang individu sahaja boleh menyebabkan jumlah dan kegiatan tikus meningkat dengan mendadak.

Louis Tay, 61 tahun, mengendalikan sebuah kedai makan di North Canal Road.

Beliau bukan satu-satunya peniaga makanan dan minuman di situ.

Sekurang-kurangnya 10 kedai lain berkongsi lorong yang sama dengan kedai Encik Tay.

Menurutnya, jarak yang dekat dengan perniagaan lain menjadi isu yang membimbangkan.

"Hanya satu sahaja 'kambing hitam' dari kalangan semua entiti F&B di sini sudah cukup untuk menghasilkan jumlah besar tikus yang bergerak di lorong belakang.

"Jika semua orang mengambil berat dan bertanggungjawab mengenai usaha menyingkirkan tikus ini, saya percaya, secara keseluruhan, kita boleh mencapai hasil yang lebih baik dalam usaha mengurangkan jumlah tikus," katanya.

Seperti kebanyakan kedai makan, Encik Tay menggunakan khidmat syarikat kawalan haiwan perosak untuk membantu menghalang kemasukan tikus.

Ini termasuk menjalankan pemeriksaan rutin untuk mengesan tanda-tanda tikus, seperti najis atau lubang pada bungkusan makanan.

Tetapi untuk premis F&B, tindakan yang dapat diambil agak terhad.

"Apa yang tidak berkesan dalam sektor F&B adalah penggunaan umpan sahaja, atau perangkap mekanikal, kerana hakikatnya F&B banyak melibatkan makanan. Kami tidak boleh menggunakan umpan kerana ia boleh menyebabkan makanan lain menjadi tercemar.

"Dan satu lagi isu ialah jika tikus mati di dalam dinding atau siling palsu; akan ada bau bangkai dan ia akan menjadi masalah besar," kata Terry Neo, pengarah syarikat All Out Pest Management.

Oleh itu Encik Neo ingin menguji alat baharu - alat yang menyedut tikus menggunakan vakum.

Walaupun digunakan secara meluas di luar negara, ia masih belum dijual di Singapura.

Mengikut kaedah itu, mentega kacang digunakan untuk mengumpan tikus.

Apabila sensor mengesan pergerakan, vakum dihidupkan dan menyedut tikus ke dalam ruang tertutup yang memerangkap haiwan itu.
Sumber : CNA/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita