Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Tindakan diambil ke atas 14 individu dalam sektor awam selepas AGO lapor 'kejanggalan' dalam audit 2020-2022

Anggaran Waktu Membaca:
Tindakan diambil ke atas 14 individu dalam sektor awam selepas AGO lapor 'kejanggalan' dalam audit 2020-2022

Pejabat AGO di Revenue House. (Gambar: Nuria Ling/TODAY)

SINGAPURA: Tindakan diambil ke atas 14 individu selepas Pejabat Ketua Audit Negara (AGO) menarik perhatian kepada beberapa 'kejanggalan' dalam semakan tahunannya ke atas sektor awam, antara 2020 dengan 2022.

Daripada 14 individu itu, lima daripada mereka didakwa di mahkamah sementara yang lain mendapat amaran bersyarat atau tegas.

Polis mendedahkan demikian pada Khamis (22 Ogos) sebagai menjawab pertanyaan Mediacorp mengenai hasil laporan yang diterima daripada pelbagai kementerian dan agensi pemerintah sejak 2020.

Dalam semakannya, AGO menyuarakan keraguan mengenai kesahihan maklumat tertentu, selain menemui kelemahan pengurusan, yang mendorong sebilangan kementerian dan agensi menjalankan siasatan lanjut lalu memfailkan laporan polis.

Laporan polis difailkan Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA), Kementerian Pendidikan (MOE), Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA), Penguasa Darat Singapura (SLA), Persatuan Rakyat (PA), Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB) dan Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB).

Bagi lima lagi kes dalam tempoh sama, siasatan masih dijalankan atau digulung tanpa sebarang tindakan lanjut diambil setelah polis mengesahkan tiada kesalahan jenayah berlaku.

Bagi dua laporan polis oleh Mahkamah Negara dan Agensi Makanan Singapura (SFA), yang difailkan menyusuli semakan AGO pada tahun lalu, Mediacorp difahamkan siasatan masih dijalankan.
Sumber : Today/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan