Tindakan bersama perlu demi cegah pengeluaran karbon rentas sempadan, kata Iswaran
Menteri Pengangkutan S Iswaran berkata tindakan bersama diperlukan bagi keputusan muktamad berkaitan perubahan iklim.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Menteri Pengangkutan S Iswaran berkata tindakan bersama diperlukan bagi keputusan muktamad berkaitan perubahan iklim.
Ini untuk mencegah pengeluaran gas karbon pengangkutan rentas sempadan.
Encik Iswaran menggariskan kerjasama dalam penerbangan mampan seperti dengan New Zealand, yang boleh menjadi titik permulaan bagi usaha-usaha masa depan dalam bahan bakar lebih mesra alam.
Menteri Pengangkutan S Iswaran berkata Singapura menyumbang kepada 0.1 peratus pengeluaran gas karbon sejagat.
Namun sebagai hab pengangkutan antarabangsa utama, tindakan negara ini boleh memacu perubahan melampaui sempadan.
Encik Iswaran menambah kepimpinan dalam sektor maritim dan penerbangan antarabangsa adalah anak kuncinya.
"Perbincangan sedang diadakan untuk sasaran jangka panjang lebih tinggi untuk mengurangkan pengeluaran gas karbon unutuk sektor maritim dan penerbangan antarabangsa.
"Cabarannya seperti semua usaha berbilang hala adalah untuk mengimbangi sasaran yang mencerminkan komitmen sektor-sektor bagi tindakan iklim global lebih teguh dengan keperluan untuk menjadi inklusif," kata beliau.
Singapura juga menimbangkan untuk meningkatkan lagi usaha dengan lebih cepat di dalam negeri.
Beberapa usaha misalnya sudahpun membuahkan hasil.
Dalam lima bulan pertama tahun ini, 8.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kereta baru yang didaftar adalah kereta elektrik.
Jumlah itu lebih seganda berbanding 2021 dan 20 kali ganda berbanding 2020.
Satu lagi bidang utama adalah bahan bakar lebih mesra alam.
Usaha sudah dijalankan untuk memastikan Singapura dapat menyediakannya sebagai sebahagian daripada huraian berbilang bahan bakar.
Penguasa Penerbangan Sivil Singapura (CAAS), Singapore Airlines dan Temasek juga akan merintis satu skim yang menawarkan kredit untuk minyak lebih mesra alam mulai bulan depan.
Encik Iswaran berkata ini akan memberikan perniagaan dan pengembara peluang untuk mengurangkan jejak karbon mereka dalam perjalanan dan pengangkutan udara.

Sumber : CNA/RU/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.