Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Tin Pei Ling tegas peranan sebagai AP 'berbeza' daripada tugas baru di Grab

Anggaran Waktu Membaca:
Tin Pei Ling tegas peranan sebagai AP 'berbeza' daripada tugas baru di Grab

AP Tin Pei Ling menyertai Grab Singapore sebagai Pengarah Ehwal dan Dasar Awam pada Januari 2023. (Gambar/Tangkapan Skrin: Grab Singapore, CNA)

SINGAPURA: Anggota Parlimen (AP) Tin Pei Ling pada Khamis (2 Feb) menjawab pertanyaan-pertanyaan berhubung kemungkinan konflik kepentingan antara peranan-peranannya di Parlimen dan Grab Singapore, di mana beliau menyelia ehwal dan dasar awam.


"Terdapat pemahaman yang jelas bahawa peranan saya sebagai anggota Parlimen berbeza daripada peranan saya di Grab," kata Cik Tin menerusi satu catatan di LinkedIn. Pelantikan beliau sebagai Pengarah Ehwal dan Dasar Awam, disahkan oleh syarikat tersebut pada Rabu (1 Feb).
Dalam catatannya itu, Cik Tin membezakan di antara kedua-dua peranannya itu - satu sebagai seorang penggubal undang-undang dan satu lagi sebagai pekerja syarikat yang disenaraikan Nasdaq.

"Saya sangat faham bahawa apabila saya menjalankan tugas dalam kapasiti saya sebagai Anggota Parlimen, kawasan undi saya dan Singapura didahulukan. Apabila saya bekerja bagi pihak Grab, saya perlu memastikan kepentingan Grab dilindungi," tegas Cik Tin.

"Mengenai kapasiti mana yang saya wakili pada bila-bila masa: Saya akan bersikap telus dan jujur."

Cik Tin menambah bahawa Grab sudah menetapkan "peraturan-peraturan jelas berhubung pendampingan" bagi memastikan bahawa sebarang kemungkinan konflik kepentingan akan "diisytiharkan dan dielakkan dengan sewajarnya".

"Begitu juga PAP (Parti Tindakan Rakyat) yang mengeluarkan Peraturan Kebijaksanaan yang serta mekanisme yang disediakan bagi pengisytiharan kepentingan dan mengelakkan kepentingan yang bercanggah."

Cik Tin yang mula menjalankan peranannya pada Januari, menghadiri jamuan tengah hari sempena Tahun Baru Cina anjuran Grab bagi memberi penghargaan kepada rakan pemandu dam penghantaran pada Rabu dalam jawatan barunya itu.

Cik Tin dipilih sebagai Anggota Parlimen pada 2011 di bawah Parti Tindakan Rakyat (PAP) dan kini merupakan pengerusi Jawatankuasa Parlimen Pemerintah (GPC) bagi Perhubungan dan Penerangan, serta anggota GPC bagi Kebudayaan, Masyarakat dan Belia.
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan