Timbre+ Singapore Expo gulung tikar pada 26 Nov; ramai pegerai henti operasi dengan tuan tanah baharu
Gambar: Ili Nadhirah Mansor/TODAY
SINGAPURA: Selepas memberi segala jiwa raganya untuk mengendalikan gerai okonomiyaki (lempeng Jepun) di Timbre+ Eastside, Boon, 39 tahun, meluahkan rasa terkilan berhubung khabar mengenai penutupan tempat jualannya itu pada 26 Nov. Ini terutama sekali memandangkan gerainya merupakan antara yang pertama bertapak di sana.
Selepas lebih dua tahun beroperasi di Singapore Expo di Changi, tempat penjaja dan muzik itu akan gulung tikar susulan pengumuman Timbre Group mengenai keputusan tersebut di dalam satu hantaran Facebook pada 31 Ogos.
Encik Boon, yang meminta nama penuhnya tidak didedahkan, merupakan antara pemilik gerai yang dijangka akan mengucapkan selamat tinggal kepada Timbre+ Eastside. Sesetengah pemilik gerai akan berpindah ke tempat lain, manakala yang lain mengambil keputusan untuk berhenti berniaga.
Encik Boon, yang memiliki gerai Ajiya Okonomiyaki, merancang untuk berehat buat seketika. Beliau bagaimanapun terbuka untuk menyambung semula perniagaannya jika beliau berjaya menemui lokasi yang sesuai.
"Kami perlu menerimanya dan teruskan kehidupan, tetapi saya akan rindu bertemu dengan individu yang datang ke sini bagi (menghadiri) acara serta penyewa yang telah menjadi rakan baik saya."
Dibuka pada 27 Nov pada 2021, Timbre+ Eastside di Singapore Expo merupakan sebuah lagi tempat yang turut beroperasi di bawah pengurusan dewan makan di One North itu. Ia menawarkan aneka makanan dan minuman kepada pelanggan, di samping dihiburkan dengan persembahan secara langsung oleh kugiran pada sebelah malam.
Apabila Mediacorp bertanya Timbre mengenai penutupan tersebut, ia menyatakan bahawa ia tidak akan melanjutkan penghunian di Singapore Expo kerana ia memutuskan untuk menyalurkan semula sumber kepada projek-projek akan datang, termasuk sebuah tempat baharu Timbre+.
Ia juga menyatakan bahawa ia akan membantu untuk memastikan peralihan operasi yang lancar kepada pengendali yang akan mengambil alih.
Timbre Group bagaimanapun tidak memberi perincian jika terdapat sebarang gerai di cawangan Eastside, yang akan menyertai tempat baharunya itu.
MEMUTUSKAN UNTUK TIDAK TERUSKAN DI SANA
Pada Jumaat (10 Nov), Mediacorp mengunjungi Timbre+ Eastside untuk mengetahui bagaimanakah perasaan pemilik gerai berhubung penutupan tempat tersebut.
Daripada 10 pemilik gerai yang ditemui Mediacorp, sembilan menyatakan bahawa mereka tidak akan memperbaharui penyewaan mereka untuk tinggal dengan tuan tanah yang baharu, yang akan mengambil alih. Sebaliknya, mereka berhasrat untuk berpindah atau berhenti berniaga.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.