Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Timbalan Peguam Negara baru dilantik; Hri Kumar dilantik Hakim Mahkamah Tinggi

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Hakim Mahkamah Tinggi Ang Cheng Hock dilantik sebagai Timbalan Peguam Negara untuk tempoh dua tahun bermula 1 Oktober, menurut Pejabat Peguam Negara (AGC) dalam satu kenyataan media pada Isnin (26 Sep). 

Timbalan Peguam Negara Hri Kumar Nair pula dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi bermula 2 Januari 2023, menurut AGC. 

Dalam pelantikan jawatan kanan lain, Encik Lucien Wong dilantik semula  sebagai Peguam Negara bagi penggal tiga tahun lagi mulai 14 Januari 2023 hingga 13 Januari 2026. 

Encik Wong mula menyandang jawatan itu pada 2017 dan dilantik semula pada 2020. 

Peguam Negara memainkan peranan sebagai pendakwa raya dan mempunyai kuasa untuk memulakan, menjalankan atau memberhentikan apa-apa prosiding bagi kesalahan. 

Dalam pada itu, Encik Lionel Yee dilantik semula sebagai Timbalan Peguam Negara bagi  tiga tahun lagi, mulai 14 Januari 2023 hingga 13 Januari 2026. 

Encik Yee pertama kali dilantik sebagai Timbalan Peguam Negara pada 14 Januari 2017 bagi penggal tiga tahun dan dilantik semula bagi tempoh tiga tahun lagi pada 14 Januari 2020. 

"Saya berbesar hati Hakim Ang akan menyandang jawatan Timbalan Peguam Negara," menurut Encik Wong dalam satu kenyataan. 

"Beliau adalah hakim Mahkamah Tinggi yang dihormati dan membawa dengannya pengalaman mendalam serta pengetahuan yang luas mengenai sistem kehakiman jenayah dan undang-undang Singapura." 

Encik Wong turut mengucapkan penghargaan atas khidmat Encik Nair, menyentuh tentang pelibatannya dalam beberapa kes berprofil tinggi, termasuk kes rayuan City Harvest dan cabaran perlembagaan terhadap Presiden Dipilih. 

"Beliau memainkan peranan penting dalam transformasi AGC, penyusunan semula Divisyen Jenayah untuk menyelaraskan dan mengukuhkan keupayaannya, serta membangunkan laluan pakar di AGC untuk memberikan pegawai undang-undang lebih banyak peluang untuk membangunkan kepakaran profesional mereka," tambah Encik Wong. 

"Kami ucapkan yang terbaik bagi Encik Nair dalam pelantikan barunya." 

Sementara itu,  hakim Mahkamah Tinggi Hakim Belinda Ang dilantik Hakim bagi Mahkamah Rayuan dari 1 November 2022 hingga 23 April 2024. 

Bidang fokus Hakim Ang termasuk dalam timbang tara pertikaian, perkapalan dan insurans. Beliau juga merupakan pengerusi dan pengarah Lembaga Pusat Pengantaraan Singapura. 

Semua pelantikan tersebut dibuat Presiden Halimah Yacob.

Hakim Rayuan Andrew Phang akan bersara berkuat kuasa 15 Disember setelah berkhidmat dengan cemerlang selama 17 tahun, menurut Mahkamah Agung dalam kenyataannya pada Isnin (26 Sep). 

Beliau dilantik Hakim Kanan Mahkamah Agung dari 2 Januari 2023 hingga 4 Januari 2024. 

Sempena persaraan Hakim Phang, Hakim Besar akan mengadakan sidang penuh Mahkamah Agung pada 28 November untuk memberi penghormatan kepada beliau.

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan