Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama Brunei lawat Hab Islam SG; timba amalan terbaik sistem tadbir zakat, wakaf MUIS
Pemangku Setiausaha Majlis Ugama Brunei Haji Abdul Aziz Bin Haji Akop (kiri), Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama Negara Brunei Darussalam Dato Mohammad Tashim Haji Hassan, Ketua Eksekutif Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) Kadir Maideen dan Dr Albakri Ahmad. (Gambar: MUIS)
Rombongan dari Kementerian Hal Ehwal Ugama Negara Brunei Darussalam (MORA) disambut oleh Ketua Eksekutif Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) Kadir Maideen dan para pegawai kanan dari MUIS.
Lawatan tersebut adalah sebahagian daripada rancangan strategik MORA untuk mengukuhkan lagi sistem pentadbiran zakat dan wakaf negara itu melalui amalan-amalan terbaik yang dipelajari daripada penguasa dan badan-badan agama di rantau ini.
Rombongan tersebut turut diberikan taklimat mengenai peranan penting tadbir urus dalam pengagihan zakat dan penguatkuasaan rangka kerja serta struktur pertubuhan, yang bermatlamat untuk mengekalkan pengurusan yang telus dan bertanggungjawab bagikutipan dana dan pengagihannya.
Selain itu, anak syarikat MUIS, Warees Investments turut berkongsi tentang pelaburan endowmen dan pengurusan aset masyarakat Islam.
Warees Investments juga berkongsi strategi dan amalan terbaik untuk mengembangkan nilai aset dan menyalurkan pulangannya kepada institusi-institusi Islam tempatan seperti masjid dan madrasah.
Kunjungan rombongan tersebut secara tidak langsung memberi peluang kepada MUIS untuk memahami keperluan operasi dan pembangunan sektor keagamaan di rantau ini.
MUIS malah, menyifatkan pertukaran ilmu serta pengetahuan sedemikian dengan rakan-rakan sejawatan dari MORA sebagai "wadah yang baik" untuk mempertingkatkan lagi hubungan dan berkongsi idea antara kedua-dua pihak.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.