Tikus ditemui terbaring mereng atas dulang makanan di pusat makanan Tangs
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Sebuah video tular di media sosial pada Isnin (27 Nov), yang mana ia menunjukkan seekor tikus terbaring mereng di atas dulang makanan.
Tikus tersebut bagaimanapun kelihatan tidak bermaya dan masih bergerak.
Menurut satu catatan di laman Facebook pengguna Abby Hew, kejadian itu berlaku di pusat makanan Tangs, yang terletak di besmen gudang serbaneka Tangs di Orchard Road.
Pengguna Abby Hew berkongsi bahawa video itu dikongsikan salah seorang anggota kumpulan Facebook, Singapore Incidents.
"Makanan mahal terpaksa ditinggalkan di atas meja... dan akhirnya ia terpaksa dibuang.
"Tikus itu dilihat di sebuah pusat makanan. Seorang pelanggan meninggalkan meja itu sebentar dan tikus itu kemudian ditemui di atas meja bersebelahan dulang yang mempunyai mangkuk mi dan makanan.

"Kami semua terkejut dan pelanggan di meja sebelah memekik meminta bantuan apabila ternampak kejadian itu di besmen C.K Tangs di pusat makanannya!" menurut catatan itu.
Seorang pengguna platform media sosial itu turut menulis bahawa kemungkinan besar tikus itu terjatuh dari siling.

Sumber : BERITA Mediacorp/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.