Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Tikus di Taman Haiwan Singapura sukar bernafas? Doktor haiwan ini jelaskan....

Anggaran Waktu Membaca:
Tikus di Taman Haiwan Singapura sukar bernafas? Doktor haiwan ini jelaskan....

(Gambar: Hamster Society (Singapore)/Instagram)

SINGAPURA: Kumpulan yang prihatin tentang kesejahteraan tikus khususnya hamster memuat naik di akaun Instagramnya pada Khamis (26 Jan) aduan bahawa "lebih 20 tikus di bawah jagaan Taman Haiwan Singapura" kelihatan seakan sukar bernafas, "tinggal di dalam kurungan yang besar".

"Tikus itu bertindak luar biasa, meletakkan hidung melalui lubang-lubang dan celah kurungan untuk bernafas. Ada kalanya tikus-tikus dilihat memanjat atas satu sama lain untuk membuat demikian," kata Persatuan Hamster Singapura itu.

Maka itu, ia meminta Mandai Wildlife Reserve untuk menjelaskan duduk perkara.

Tambah kumpulan tersebut, pekerja di taman haiwan mengatakan yang tikus-tikus itu "mencari udara segar" dan pekerja dikatakan akan "membuka kotak akrilik itu selama 30 minit setiap hari".

Kumpulan pencinta haiwan itu percaya langkah itu "tidak mencukupi".

Semakan dalaman dibuat Mandai Wildlife Group, selepas rakaman tikus-tikus tersebut didedahkan. Menurutnya "tikus berkenaan berada dalam keadaan sihat, tanpa tanda-tanda masalah sukar bernafas."

Menjawab pertanyaan Mediacorp, Mandai Wildlife Group menyatakan kurungan tikus dalam video itu adalah sebahagian daripada pameran Fancy Rats di Rainforest Kidzworld.

Doktor haiwan Mandai Wildlife Group, Dr Heng Yirui, berkata pameran itu menempatkan 13 ekor tikus dan mempunyai dua ruang luas yang bersambung, "dengan cukup ruang untuk bergerak."

“Setiap ruang juga dilengkapi dengan kipas untuk pengaliran udara pada setiap masa. Tempat itu juga dibersihkan setiap hari.”

Dr Heng juga berkata penilaian oleh pasukan penjagaan haiwan terhadap video yang dimuat naik mendapati bahawa tingkah laku tikus tersebut "bukan sesuatu yang luar biasa" kerana ia dirakam hampir masa makan tikus berkenaan.

"Secara semula jadi, tikus merupakan haiwan yang bersifat suka ambil tahu dan bergantung kepada deria menghidu untuk menyiasat persekitarannya."

Dr Heng berkata tidak satu pun tikus dalam kurungan itu didiagnosis dengan masalah pernafasan atau isu-isu perubatan berkaitan dengan pengaliran udara selama lebih dua tahun.

Berhubung dakwaan Persatuan Hamster Singapura tentang penjelasan kakitangan zoo, Dr Heng berkata: "Kami maklum komunikasi antara kakitangan kami dan tetamu boleh diperbaiki, dan kami sedang usahakannya."
Sumber : Today/FQ/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan