Skip to main content

Singapura

Tiket pameran 'Heart&Soul' laris ditempah bagi hujung minggu pertama

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 18 Aug 2025 09:40PM Dikemas Kini : 04 Sep 2025 03:25PM
SINGAPURA: Pameran 'Heart&Soul' menerima sambutan hangat dengan tempahan tiket melebihi yang diperuntukkan, bagi hujung minggu pertama ia dibuka kepada umum iaitu pada 26 Ogos ini.

'Heart&Soul' merupakan sebuah pameran hasil kerjasama antara Kementerian Penerangan dan Pembangunan Digital (MDDI) dengan Lembaga Perpustakaan Negara (NLB).

Pameran itu mengajak orang ramai menjenguk masa depan Singapura yang dibayangkan dengan bantuan kecerdasan buatan (AI).

Ia berlangsung sehingga 31 Disember ini dan masuk adalah percuma, namun menerusi tempahan tiket.
Sumber : CNA/FZ/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita