Skip to main content

Singapura

Tiket NDP 2018 boleh diambil mulai Jumaat ini

Orang ramai boleh mula mendapatkan tiket NDP mulai Jumaat ini

Anggaran Waktu Membaca:
Tiket NDP 2018 boleh diambil mulai Jumaat ini

Petikan sambutan NDP 2017. (Gambar: Howard Law)

Diterbitkan : 03 Jul 2018 10:36PM Dikemas Kini : 03 Jul 2018 10:39PM

SINGAPURA: Orang ramai yang berjaya mendapatkan tiket-tiket bagi Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) tahun ini boleh mengambilnya sepanjang dua hujung minggu, bermula Jumaat ini.

Jawatankuasa penganjur hari ini (3 Jul) menyatakan, undian tiket sudahpun selesai. Selain itu, para <<pendaftar>>pemohon yang berjaya sudahpun diberitahu menerusi telefon atau SMS.

Mereka boleh mengambil tiket-tiket masing-masing di foyer Auditorium Ngee Ann Kongsi, Galeri Nasional Singapura dari 6 sehingga 8 Julai dan 13 sehingga 15 Julai, bermula 10.00 pagi sehingga 7.00 malam.

Mereka perlu membawa kad pengenalan, lesen memandu ataupun sijil kelahiran bagi tujuan pengesahan.

Bagi mereka yang tidak dapat datang sendiri untuk mengambil tiket, mereka boleh memberi keizinan kepada seorang wakil untuk mengambilnya bagi pihak mereka.

Wakil berkenaan perlu membawa dokumen-dokumen berikut:

1. Kad pengenalan ataupun sebarang bentuk pengenalan bergambar

2. Salinan (depan dan belakang) NRIC, lesen memandu atau sijil kelahiran

3. Surat penyerahan kuasa yang boleh dimuat turun dari laman tiket rasmi NDP

Tiket-tiket yang tidak diambil selepas 7.00 malam pada 15 julai akan ditarik balik dan tiada sebarang rayuan akan diterima.

Sebagai sebahagian proses mendapatkan tiket, rakan-rakan dan anggota keluarga yang menemani para individu ataupun wakil akan diberikan pelekat kemasukan yang membenarkan mereka mengunjungi galeri-galeri Galeri Nasional.

Pelekat kemasukan itu bagaimanapun tidak memberikan akses kepada Pameran Khas. 

Sumber : CNA/hs
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita