Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Tiket kereta api bagi sesetengah perjalanan waktu sibuk JB-Woodlands habis dijual

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Tiket habis dijual bagi sesetengah khidmat kereta api waktu sibuk KTM antara Stesen Johor Bahru Sentral di Malaysia dengan Stesen Kereta Api Woodlands di Singapura menjelang penyambungan semula operasi pada Ahad (19 Jun).

Khidmat kereta api yang dikenali sebagai Shuttle Tebrau itu akan disambung semula selepas dua tahun digantung disebabkan oleh pandemik COVID-19.
Semasa meninjau-ninjau laman rasmi KTM pada Rabu (15 Jun), Mediacorp mendapati tiket kereta api JB Sentral-Woodlands sudah habis dijual bagi perjalanan kereta api selepas pukul 11.30 pagi Ahad (19 Jun) iaitu pada hari pertama khidmat tersebut disambung semula.

Sebahagian besar slot bagi perjalanan sebelah tengah hari dan petang untuk setiap hari Ahad sehingga pertengahan bulan Julai juga sudah sudah ditempah sepenuhnya.

Begitu juga bagi perjalanan pada Isnin (11 Julai), iaitu sehari selepas cuti umum Hari Raya Haji di Malaysia dan Singapura.

Tiket juga terhad atau tidak tersedia bagi sesetengah perjalanan kereta api awal pagi Isnin dari JB Sentral ke Woodlands.

Tiket bagi perjalanan Woodlands-JB Sentral lebih cenderung tidak dapat dibeli bagi perjalanan sebelah petang Jumaat dan pagi Sabtu.

Tiket biasanya tersedia untuk kebanyakan waktu kurang sibuk yang lain.

Buat masa ini, para penumpang masih boleh menempah tiket untuk perjalanan antara 19 Jun sehingga 18 Julai.

Mediacorp sudah menghubungi KTM untuk mendapatkan lebih banyak maklumat berhubung perkara tersebut.
Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan