Skip to main content

Singapura

Tiga orang diberkas lancarkan bunga api secara haram di Ghim Moh

Anggaran Waktu Membaca:
Tiga orang diberkas lancarkan bunga api secara haram di Ghim Moh

Petikan skrin video yang menunjukkan bunga api dilancarkan di Ghim Moh pada 20 Mac 2026. (Gambar: Instagram/sgfollowsall)

Diterbitkan : 23 Mar 2026 10:22PM Dikemas Kini : 23 Mar 2026 10:23PM
SINGAPURA: Dua lelaki, berumur 25 dan 33 tahun, dan seorang budak lelaki berusia 16 tahun diberkas kerana disyaki terlibat dalam kejadian melancarkan bunga api secara haram di Ghim Moh, menurut polis pada Isnin (23 Mac).

Polis dimaklumkan tentang kes itu di tempat letak kereta bertingkat di Blok 16A Jalan Ghim Moh pada pukul 11.15 malam pada 20 Mac.

Ketiga-tiga suspek dikenal pasti melalui siasatan di tempat kejadian dan ditangkap pada Ahad dan Isnin.

"Siasatan awal mendedahkan bahawa ketiga-tiga mereka melepaskan pelbagai bunga api di kawasan sekitar, menyebabkan letupan kuat yang membimbangkan penduduk di kawasan itu," menurut polis.

Siasatan sedang dijalankan.

Individu yang didapati bersalah atas penggunaan bahan letupan tanpa kebenaran boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 36 bulan, denda sehingga S$50,000, atau kedua-duanya.

"Orang ramai diingatkan bahawa melancarkan bunga api tanpa kebenaran yang sah adalah menyalahi undang-undang dan menimbulkan risiko keselamatan yang serius kepada pelaku dan masyarakat," tegas polis.
Sumber : CNA/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita