Skip to main content

Singapura

Tiga menteri SG hadiri Forum Ekonomi Dunia di Switzerland

Anggaran Waktu Membaca:
Tiga menteri SG hadiri Forum Ekonomi Dunia di Switzerland

Gambar: Gian Ehrenzeller/Keystone AP

SINGAPURA: Tiga menteri Singapura akan melakukan lawatan kerja ke Davos, Switzerland bagi menghadiri mesyuarat tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF), menurut Pejabat Perdana Menteri pada Ahad (15 Jan).

Menteri Kanan Tharman Shanmugaratnam, Menteri Pembangunan Negara Desmond Lee dan Menteri Perhubungan dan Penerangan Josephine Teo akan bertemu pemimpin pemerintah dan perniagaan dari pelbagai negara.

Mereka akan menyertai sesi WEF tentang strategi bagi pertumbuhan global, digital, pembangunan bandar dan prasarana, peraturan kewangan bagi kemampanan alam sekitar, dan risiko kepada kestabilan global.

Encik Tharman juga akan menyertai perbincangan Lembaga Pemegang Amanah WEF sebagai anggota lembaga itu.

Lawatan itu bermula pada Selasa (17 Jan) dan berakhir pada Jumaat (20 Jan).

Mereka akan diiringi oleh pegawai dari Pejabat Perdana Menteri, Kementerian Pembangunan Negara, Kementerian Perhubungan dan Penerangan, Penguasa Pembangunan Infokom Media dan Lembaga Kemajuan Ekonomi.
Sumber : CNA/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita