Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Tiga maut selepas kebakaran tercetus di flat Hougang

Dua orang maut setelah kebakaran tercetus di sebuah flat di Hougang pada Khamis (9 Jan), menurut Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF).

Anggaran Waktu Membaca:
Tiga maut selepas kebakaran tercetus di flat Hougang

(Gambar: Facebook/SCDF)

Diterbitkan : 09 Jan 2025 06:51PM Dikemas Kini : 10 Jan 2025 07:53AM
SINGAPURA: Tiga orang maut setelah kebakaran tercetus di sebuah flat di Hougang pada Khamis (9 Jan), menurut Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF).

Mereka ditemui dalam sebuah bilik tidur sedang SCDF melawan kebakaran itu.

Semua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurut SCDF, ia mengerahkan pegawai bombanya ke Blok 971 Hougang Street 91 setelah dimaklumkan mengenai kebakaran itu kira-kira pukul 12.40 tengah hari tadi.

Dua jet air dikerahkan di kolong blok semasa operasi memadam kebakaran.

"Kebakaran itu melibatkan sebuah unit di tingkat tiga. Pegawai terpaksa memaksa masuk ke dalam unit itu namun menghadapi kesukaran memasuki rumah itu kerana terlalu banyak barang disimpan dalam unit tersebut," menurut SCDF dalam satu catatan Facebook pada kira-kira pukul 4.30 petang.

"Semasa operasi memadam api, para anggota bomba menemui dua individu dalam sebuah bilik tidur. Kedua-duanya disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh seorang anggota paramedik SCDF."

Sekitar 30 orang dipindahkan dari blok yang terjejas oleh polis dan pegawai SCDF sebagai langkah berjaga-jaga.

Menurut SCDF, operasi memadam kebakaran masih dijalankan.
Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan