Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Tiga lelaki ditangkap elak cukai rokok bernilai lebih S$590,000

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Tiga warga India, berusia antara 20 dengan 39 tahun, ditangkap kerana mengelak membayar cukai bernilai S$590,626.

Mereka ditangkap di Woodlands Link sebagai sebahagian daripada operasi yang dijalankan oleh Kastam Singapura.

Para pegawai menemui 1,250 karton rokok dalam kompartmen di belakang van yang dipandu selain wang tunai S$26,404 yang disyaki hasil daripada jualan mereka.

Selepas menyoal siasat suspek, para pegawai kemudian melakukan serbuan ke atas sebuah lori yang diletakkan di Woodlands Industrial Park.

Sebanyak 4,200 lagi karton rokok yang tidak dibayar cukai dirampas.

Siasatan sedang dijalankan.

“Membeli, menjual, mengirim, menghantar, menyimpan, memiliki atau berurusan dengan barangan yang tidak dibayar cukai adalah kesalahan serius di bawah Akta Kastam dan Akta GST,” menurut kenyataan Kastam Singapura pada Selasa (28 Mei).

Pesalah boleh didenda hingga 40 kali ganda jumlah cukai dan GST yang dielak, dihukum penjara hingga enam tahun, atau kedua-duanya sekali.

Mereka yang mempunyai maklumat mengenai aktiviti penyeludupan atau pengelakan cukai boleh menghantar e-mel kepada customs_intelligence [at] customs.gov.sg untuk membuat laporan.
Sumber : CNA/SU/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan