Tiga lelaki diberkas selepas pergaduhan di Orchard Road
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar:Patrick Tan/Facebook)
SINGAPURA: Tiga lelaki diberkas selepas pergaduhan tercetus di Orchard Road pada awal pagi Ahad (14 Ogos).
Pasukan Polis Singapura (SPF) dimaklumkan mengenai pergaduhan itu sekitar pukul 5.15 pagi pada Ahad.
"Kesemua suspek yang terbabit melarikan diri sebelum polis tiba di tempat kejadian," menurut SPF dalam kenyataan media pada Isnin (15 Ogos).
Melalui siasatan dan gambar-gambar daripada kamera dan televisyen litar tertutup (CCTV), pegawai polis dapat mengenal pasti identiti tiga lelaki yang didakwa terlibat dalam pergaduhan berkenaan dan memberkas mereka.
Suspek yang diberkas itu berumur antara 20 hingga 30 tahun. Mereka akan didakwa di mahkamah pada Selasa (16 Ogos) atas kesalahan merusuh.
Jika sabit kesalahan merusuh, mereka boleh dipenjarakan sehingga tujuh tahun dan dikenakan sebatan rotan.
Dua lelaki berumur 20 dan 30 tahun yang dipercayai diserang semasa pergaduhan itu mengalami kecederaan ringan, menurut SPF.
SPF menambah bahawa siasatan masih dijalankan.
Rakaman pergaduhan itu dimuat naik di media sosial. Dalam video itu, sekumpulan orang dilihat menumbuk dan menendang lelaki yang berpakaian hitam. Kumpulan lain dilihat menendang dan memijak seseorang di atas jalan.

Sumber : CNA/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.