Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Tiga juara berentap dalam King of Culinary - The Final Showdown

Juara segala juara. Itulah gelaran yang cuba direbut tiga juara program pertandingan memasak di pelbagai saluran televisyen Mediacorp - Cik Zakiyah Jaleel daripada Raja Kulinari, Cik Tran Thi Ngoc Anh Hue daripada program San Ba Dao dan Cik Gopica ‘Rasathi’ Rasiah daripada Raja Kaiya Vecha.

Anggaran Waktu Membaca:

Juara segala juara.

Itulah gelaran yang cuba direbut tiga juara program pertandingan memasak di pelbagai saluran televisyen Mediacorp - Cik Zakiyah Jaleel daripada Raja Kulinari, Cik Tran Thi Ngoc Anh Hue daripada program San Ba Dao dan Cik Gopica ‘Rasathi’ Rasiah daripada Raja Kaiya Vecha.

Selepas mereka berjaya menumpaskan cef-cef mentor dan menti dalam rancangan masing-masing, tiba masanya untuk mereka ditemukan di dalam dapur memasak King of Culinary - The Final Showdown.

Kali inil, mereka berpeluang untuk menang wang berjumlah S$10,000.

Dihoskan oleh personaliti popular Hossan Leong, pertandingan empat episod itu menampilkan barisan tiga pengadil tetap, penulis blog Daniel Ang, Cef Petrina Loh dan Cef Haikal Johari.


Sebagai seorang cef berpengalaman, Cef Haikal berkata potensi tiga juara itu melepasi jangkaannya.

"Walaupun mereka hanya tukang masak di rumah sahaja untuk keluarga tersayang, tapi mereka tidak sepatutnya menyembunyikan bakat-bakat mereka kerana saya rasa ketiga-tiga peserta sangat berbakat. Dan semangat dan kesungguhan mereka terserlah dalam masakan mereka,” kata Cef Haikal, yang juga seorang cef eksekutif di sebuah restoran terkemuka.

ZAKIYAH JALEEL LAKAR STRATEGI BERDEPAN CEF

Juara Raja Kulinari, Cik Zakiyah yang merupakan satu-satunya pemenang yang berjaya mengalahkan ketiga-tiga cef mentor dalam pertandingannya, bersyukur dengan peluang yang diberikan meskipun masa persiapan agak singkat.

“Saya merasa amat gembira kerana saya dapat mewakili versi Melayu, Raja Kulinari tapi saya juga agak gementar kerana ini kali pertama saya memasuki pertandingan begini dan saya juga rasa bangga dengan diri saya. Tetapi saya rasa banyak lagi saya harus pelajari,” kata Cik Zakiyah.

Untuk pertandingan King of Culinary - The Final Showdown, beliau akan berentap dengan cef-cef mentor daripada program-program memasak lain - Cef Eric Teo dan Cef S.R. Bala.

Antara strategi beliau adalah membuat kajian tentang cef-cef tersebut.


“Saya cuba cari apakah kekuatan mereka. Bila saya nak merancang makanan untuk mereka, saya akan periksa sama ada hidangan ini kekuatan mereka terutama bahan utama itu dan kemudian saya akan tukar,” kongsi Cik Zakiyah.

Di samping itu beliau juga meminta ahli keluarganya untuk menjadi pengkritik hidangannya di rumah.

“Saya menggunakan kakak saya sebagai penasihat sebab bila saya nak merancang apa yang nak masak semua, saya akan menggunakan keluarga saya sebagai tukang rasa,” jelasnya.

CEF BOB KAGUM DENGAN SEMANGAT ZAKIYAH JALEEL

Meskipun Cik Zakiyah baru berjinak-jinak dalam bidang memasak selepas dikejutkan dengan penyakit tahun lalu, semangatnya untuk bertanding dikagumi cef mentor, Cef Bob.

“Dia tak berputus asa. Ini pun dia pun seorang pesakit barah yang sudah pulih. Dia masukkan ke dalam masakannya yang dia tidak berputus asa apabila diberikan cabaran juga. Deria rasanya nombor satu,” kata Cef Shahrizal Salleh yang lebih dikenali sebagai Cef Bob.


“Nasihat saya adalah jangan gabra, jangan gementar. Saya selalu berikan dia perangsang, masak dengan seikhlas hatinya dan penuh kasih sayang dan masakan kita pun akan merasakan kasih sayangnya,” tambahnya.

Pertandingan King of Culinary - The Final Showdown akan disiarkan setiap minggu mulai Ahad (13 Nov), 9.30 malam di Saluran 5, meWATCH dan YouTube Mediacorp Entertainment.

Sumber : BERITA Mediacorp/SY
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan