Tiga guru diiktiraf Anugerah Guru Arif Budiman, terap teknologi dan kaedah kreatif rangsang pembelajaran Bahasa Melayu
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Tiga guru Bahasa Melayu menerima Anugerah Guru Arif Budiman (AGAB) atas sumbangan tidak terbilang mereka dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.
Ketiga-tiga guru memaparkan usaha berterusan untuk melestarikan Bahasa Melayu dengan menarik minat para pelajar menerusi penggunaan teknologi dan media sosial serta pendekatan kreatif untuk menjadikan pembelajaran Bahasa Melayu lebih menarik dan relevan dengan masa kini.
Mereka dipilih daripada 396 guru yang dicalonkan bagi AGAB tahun ini.
Anugerah itu disampaikan oleh tetamu kehormat Menteri di Pejabat Perdana Menteri merangkap Menteri Kedua Kewangan dan Pembangunan Negara Indranee Rajah di Muzium Tamadun Asia (ACM) hari ini (1 Nov).

PENERIMA AGAB (KATEGORI TELADAN): CIKGU MUHAMMAD MUKHLIS DZULFITRI DZULKIFLI
Di dalam bilik darjah, beliau bukan sekadar mengajar. Beliau membina hubungan, menanam minat dan menyalakan rasa cinta terhadap bahasa Melayu dalam kalangan muridnya.
Bagi Cikgu Muhammad Mukhlis Dzulfitri Dzulkifli, untuk murid mencintai sesuatu subjek, mereka terlebih dahulu perlu menyenangi gurunya.
"Antara inisiatif yang saya lakukan adalah untuk memupuk minat dan cinta murid-murid terhadap bahasa dan cara untuk kita pupukkan cinta itu adalah para pelajar seharusnya suka guru mereka dahulu," kata Cikgu Mukhlis.
"Jadi, saya harus kenali setiap seorang murid saya. Apa yang mereka suka lakukan. Bagaimana cara pembelajaran mereka. Setiap murid cara pembelajaran mereka berbeza dan saya akur, kita tidak boleh melaksanakan sesuatu pelajaran yang dapat menarik minat semua murid tetapi kita harus sedaya upaya untuk mendapatkan minat mereka," tambah beliau.
Bagi merangsang minat dalam murid darjah satu hingga tiga, beliau mengambil pendekatan untuk menggunakan elemen seperti drama, nyanyian dan lakonan dalam pembelajaran mereka.
Sementara bagi murid darjah empat hingga enam, beliau menerapkan penggunaan ICT serta bahasa yang dekat dengan para pelajar.
Beliau juga sentiasa mengikuti arus semasa bagi memanfaatkan tren terkini sebagai bahan perbincangan dalam kelas, agar Bahasa Melayu kekal hidup, segar dan bermakna dalam kehidupan seharian pelajar.
Cikgu Mukhlis merupakan satu-satunya penerima AGAB dalam kategori Teladan, yakni bagi guru yang telah berkhidmat selama sekurang-kurangnya 10 tahun.
"Sejujurnya saya memang tidak sangka saya akan menerima anugerah ini kerana rakan-rakan finalis semua orang yang hebat," kata Cikgu Mukhlis.
"Anugerah Arif Budiman ini bukan sahaja sekadar satu anugerah, tetapi amanah untuk saya terus menyumbang dalam bidang pendidikan dan juga kerja-kerja kemasyarakatan," katanya lagi.
Selain mengajar di Sekolah Rendah Waterway, beliau turut aktif menyumbang dalam pelbagai inisiatif pendidikan.
Beliau bekerjasama dengan pihak Bahagian Perancangan dan Pembangunan Kurikulum (CPPD) untuk menilai dan membina kurikulum Bahasa Melayu yang lebih menarik serta relevan bagi generasi masa kini.
Beliau juga merupakan ahli jawatankuasa Masjid Al-Islah, di mana beliau turut mencadangkan agar unsur-unsur bahasa Melayu seperti pantun dan sastera diterapkan dalam acara-acara masjid bagi mengekalkan elemen budaya dan menjadikan bahasa Melayu relevan bukan sahaja di sekolah, tetapi juga dalam konteks masyarakat.

PENERIMA ANUGERAH AGAB (KATEGORI PERANGSANG): CIKGU FILZATUL AZREEN GAZALI
Ketika Cikgu Filzatul Azreen pertama kali memulakan perjalanan mengajarnya di Sekolah Menengah Anderson, beliau tidak sekadar melihat bilik darjah tetapi juga melihat potensi yang belum diterokai.
Antara langkah awalnya adalah mencadangkan penggunaan media sosial bagi menonjolkan usaha para guru dan menarik minat pelajar muda.
"Antara perkara pertama yang saya sarankan kepada unit saya adalah untuk menubuhkan Instagram untuk menonjolkan usaha guru-guru di Anderson sejauh ini supaya dapat dilihat oleh anak muda di luar sana. Dalam masa yang sama, saya juga terfikirkan mungkin itu merupakan salah satu platform yang kita boleh gunakan untuk menarik minat anak anak muda kita di peringkat sekolah rendah untuk masuk secara langsung ke Anderson," kata Cikgu Azreen.
"Jadi dengan platform itu, saya rasa ia membuka peluang kepada bukan sahaja para pelajar menonjolkan bakat mereka tetapi juga untuk pelajar mendatang, melihat apa yang mereka boleh terokai dan apa yang mereka boleh alami di Anderson," katanya lagi.
Bagi beliau, pendidikan bukan hanya tentang menyampaikan ilmu, tetapi membina keyakinan dalam diri pelajar untuk bersuara dan menyerlah.
Untuk meningkatkan keyakinan pelajar, Cikgu Azreen telah menyokong penyertaan Unit Bahasa Melayu dalam pelbagai peraduan dan pertandingan yang dianjurkan oleh pelbagai institusi.
"Kita berpegang teguh untuk memberikan peluang kepada pelajar untuk melontarkan ataupun memberikan peluang kepada pelajar menunjukkan semua yang mereka pelajari di sekolah," jelas Cikgu Azreen.
"Jadi untuk aplikasikan kemahiran tersebut adalah melalui pertandingan dan juga peraduan. Jadi antaranya saya rasa kita selalu masukkan pelajar dalam bahas ataupun pertandingan terjemahan," tambahnya lagi.
Selain itu, Cikgu Azreen juga menggalakkan inovasi pedagogi dengan menyesuaikan strategi pengajaran mengikut keperluan pembelajaran yang pelbagai.
Beliau mencipta pengalaman pembelajaran yang imersif dan bermakna dengan mengintegrasikan Realiti Maya (Virtual Reality) dalam pengajaran Sastera, bagi membantu pelajar memahami cerita dan watak dengan lebih mendalam, sekali gus merangsang pemikiran kritis dalam kalangan mereka.
Beliau juga membangunkan garis panduan untuk memperkukuh kemahiran lisan pelajar melalui aktiviti laporan berita dan pembentangan vodcast.
Apabila ditanya tentang perasaannya ketika diberitahu tentang pengiktirafan Anugerah Guru Arif Budiman bagi kategori Perangsang iaitu untuk guru yang berkhidmat selama kurang daripada 10 tahun, beliau pada awalnya terkejut dan sukar mempercayainya.
"Sejujurnya, pertama kali saya diberitahu oleh naib pengetua saya, saya terkejutlah kerana soalan pertama yang terlintas di fikiran saya ialah, siapa yang fikirkan saya layak untuk menerima Anugerah Guru Arif Budiman," kata Cikgu Azreen.
"Jadi saya anggap itu sebagai satu amanah yang saya akan teruskan daripada awal saya memegang jawatan sebagai seorang guru, sampailah saya menerima penobatan ini, sampailah masa-masa yang akan datang. Ini merupakan amanah yang akan berterusan dan mungkin akan bertambah lebih berat dengan adanya lebih ramai pelajar pelajar lain yang mendatang," tambahnya lagi.

PENERIMA AGAB (KATEGORI PERANGSANG): CIKGU SITI SUHANA ALIAS
Seiring dengan pendekatan pengajaran Cikgu Azreen, Cikgu Siti Suhana Alias dari Sekolah Perempuan Paya Lebar Methodist juga mengintegrasikan Realiti Terimbuh dalam pengajaran untuk menghidupkan pengalaman pembelajaran.
Cikgu Suhana mereka bentuk bahan pembelajaran yang praktikal dan berkesan untuk memperkukuh pemahaman serta keyakinan pelajarnya dalam penggunaan bahasa Melayu.
Sebagai contoh, beliau menghasilkan pakej pembelajaran pemahaman yang dibina berdasarkan strategi yang mudah diingati, membolehkan pelajar mendekati soalan dengan lebih jelas dan berdikari.
Selain itu, beliau turut menghidupkan cerita fiksyen dengan mengintegrasikan Realiti Terimbuh dalam pengajaran membaca, sekali gus mempertingkat penglibatan pelajar terhadap teks sastera.
"Saya gabungkan pendekatan tematik dengan pendekatan teknologi, ICT. Jadi di situ, saya masukkan elemen teknologi, aplikasi interaktif dan juga AR serta gamifikasi," kata Cikgu Suhana.
"Tujuan saya adalah untuk meningkatkan penglibatan para pelajar kerana apabila mereka melibatkan diri secara 100 peratus, mereka akan rasa selesa dan selamat, dan membina suasana pembelajaran yang menyeronokkan bagi murid murid. Saya juga menggunakan kekuatan para pelajar dalam ICT untuk memupuk minat mereka mendalami dan meneroka bahasa Melayu melalui teknologi," tambahnya lagi.
Selain menggunakan teknologi, CIkgu Suhana juga menyediakan sudut bacaan khas di dalam bilik darjah serta menjalin kerjasama dengan Perpustakaan Negara (NLB) untuk mengadakan sesi perkongsian buku.
Beliau menjemput penulis tempatan Singapura bagi memberi pendedahan dan inspirasi kepada pelajar, agar mereka memahami bahawa bahasa Melayu bukan sekadar subjek sekolah, tetapi juga digunakan dan dihargai dalam masyarakat.
Segala usaha ini menjadi sebahagian daripada dedikasi beliau sebagai seorang pendidik, sekaligus sebagai penerima Anugerah Cikgu Arif Budiman.
"Sebenarnya saya rasa amat terkejut dan bersyukur pada masa yang sama. Pencapaian ini tidak mampu saya capai tanpa sokongan padu daripada pihak sekolah, ketua sekolah, rakan sekerja, ibu bapa, keluarga dan juga terutamanya murid-murid saya yang menjadi sumber dorongan utama bagi diri sayalah," kata Cikgu Suhana.
"Saya rasa dengan anugerah ini, ia memberikan saya semangat baharu agar saya terus meneroka dan mendalami pedagogi dalam pendidikan serta bagaimana saya boleh mencari inovasi dan kaedah-kaedah yang terkini untuk memupuk minat murid pelajar bahasa Melayu," kongsinya.
ANUGERAH GURU ARIF BUDIMAN TERIMA 396 PENCALONAN TAHUN INI
Tahun ini, seramai 396 pencalonan diterima antara Februari dengan April.
Para penerima dipilih oleh panel juri yang terdiri daripada pemimpin masyarakat, ahli akademik, pemimpin sekolah serta wakil media.
Sejak 2007, Anugerah Guru Bahasa Melayu Arif Budiman telah mengiktiraf 80 guru dari peringkat sekolah rendah, menengah hingga pra universiti.

Sumber : BERITA Mediacorp/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.