Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Tiga calon berpotensi bagi jawatan PM, kata pengamat berikutan pemilihan CEC PAP

Masih terdapat tiga calon utama untuk mengisi jawatan Perdana Menteri Singapura seterusnya, menurut para penganalisis pada Ahad (11 Nov), menyusuli pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) Parti Tindakan Rakyat (PAP).

Anggaran Waktu Membaca:
Tiga calon berpotensi bagi jawatan PM, kata pengamat berikutan pemilihan CEC PAP

Dari kiri ke kanan: Encik Chan Chun Sing, Encik Ong Ye Kung, Encik Heng Swee Keat.

Diterbitkan : 12 Nov 2018 09:56AM Dikemas Kini : 12 Nov 2018 02:38PM

SINGAPURA: Masih terdapat tiga calon utama untuk mengisi jawatan Perdana Menteri Singapura seterusnya, menurut para penganalisis pada Ahad (11 Nov), menyusuli pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) Parti Tindakan Rakyat (PAP).

Menteri Pendidikan Ong Ye Kung, Menteri Kewangan Heng Swee Keat dan Menteri Perdagangan dan Perusahaan Chan Chun Sing - dianggap oleh ramai sebagai bakal pengganti Perdana Menteri Lee Hsien Loong - kesemuanya dipilih untuk menganggotai CEC, badan pembuat keputusan tertinggi parti itu, pada Ahad (11 Nov).

Para pengamat menarik perhatian khususnya kepada pemilihan Encik Ong melalui undian, memandangkan beliau bukan antara 12 anggota yang dipilih menyertai CEC dalam pemilihan sebelumnya pada Disember 2016. Beliau sebaliknya antara empat anggota tambahan yang dilantik menyertai CEC pada Januari 2017.

Para pemerhati turut mengatakan bahawa pemilihan langsung ke dalam jawatankuasa itu adalah penting bagi seorang anggota untuk dianggap sebagai calon Perdana Menteri.

"Apa yang penting adalah, masih ada tiga pilihan, bukan dua," kata Dr Gillian Koh, yang mengkaji tentang politik parti dan pilihan raya di Institut Pengajian Dasar.

"Oleh kerana Encik Ong Ye Kung dipilih hari ini, beliau membuktikan bahawa beliau mempunyai sokongan di samping Encik Heng Swee Keat dan Encik Chan Chun Sing.

"(Ini) menjadikannya lebih menarik dan sesuatu untuk diperhatikan, sama ada para pemimpin 4G itu, kedua-dua anggota di dalam CEC dan yang belum lagi menyertai CEC, bersedia membuat keputusan di kalangan mereka, sama ada sudah jelas siapa di kalangan ketiga-tiga mereka sepatutnya menyandang jawatan itu."

Sumber : CNA/NA/na

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa