Tiga beranak dipenjara, simbah cecair panas dan cederakan pembantu rumah
SINGAPURA: Selepas hanya seminggu bertugas sebagai seorang amah di Singapura, seorang lagi pembantu rumah membantu amah itu memaklumkan kepada majikannya bahawa beliau ingin dipulangkan ke agensi pembantu rumah kerana isteri dan anak perempuan majikan berkenaan tidak pernah berpuas hati dengan prestasi kerjanya.
Sekalipun demikian, pembantu rumah itu tidak dihantar ke agensi, sebaliknya didera oleh keluarga majikan, termasuk disimbah dengan cecair panas dan ditekap dengan seterika panas.
Seorang jiran kemudian menghubungi polis setelah mendengar teriakan pembantu rumah itu dari tengah malam hingga pukul 5.45 pagi.
Bekas pengurus acara Tan Pei Ling, 46 tahun, pada Selasa (7 Mac) dijatuhi hukuman penjara 20 bulan dan diarah membayar pampasan sebanyak S$20,000 kepada mangsa.
Dia mengaku bersalah atas dua tuduhan, dengan tiga lagi tuduhan diambil kira semasa hukuman dijatuhkan.
Ibunya, Tan Ai Tee, 68 tahun, dikenakan hukuman penjara sembilan bulan dan diarah membayar pampasan S$2,500. Dia mengaku bersalah atas satu tuduhan sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan perkakas untuk memotong, dengan dua tuduhan lain diambil kira.
Bapa Pei Ling, seorang pemandu Grab dan penghantar barangan separuh masa Tan Huat, 70 tahun, dikenakan hukuman penjara tiga minggu dan dikehendaki membayar pampasan sebanyak S$500 atas satu tuduhan menyebabkan kecederaan ke atas pembantu rumah berkenaan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.