Tidak sesuai kenal pasti atau asingkan individu dijangkiti mpox di sempadan negara, jelas MOH
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Memandangkan mpox mempunyai tempoh inkubasi yang lama iaitu sehingga 21 hari, tidak sesuai untuk mengenal pasti dan mengasingkan individu di sempadan negara.
Demikian menurut Menurut Kementerian Kesihatan (MOH).
Tambah MOH, ramai yang mungkin sudah melepasi pusat-pusat pemeriksaan sebelum gejala-gejala menjadi ketara.
Oleh itu, Menteri Kesihatan Ong Ye Kung berkata, buat masa ini, membuat perbandingan dengan COVID-19 tidak begitu tepat.
"Memori kita selalunya terkait krisis terakhir, dan memori kita adalah COVID-19. Dalam kes mpox, nampaknya bukan virus yang menunjukkan ciri-ciri yang sama. Ini bermakna, jika anda terjangkit, dan menjangkiti seseorang, ia adalah menerusi sentuhan fizikal sangat rapat.
"Di Afrika, ia selalunya dalam kalangan ahli keluarga, ahli keluarga terdekat yang meluangkan banyak masa bersama anda, dengan sentuhan kulit dan sentuhan fizikal kerana tinggal dalam rumah yang sama," tambah Encik Ong.

Sumber : CNA/IA/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.