Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Tidak selamat teroka Pulau Serangoon pada sebelah malam, nasihat NParks

Anggaran Waktu Membaca:
Tidak selamat teroka Pulau Serangoon pada sebelah malam, nasihat NParks

(Gambar: Tangkapan skrin video John Han/Facebook)

SINGAPURA: Lembaga Taman Negara (NParks) mengingatkan orang ramai hari ini (25 Jan) bahawa ia tidak selamat untuk meneroka Coney Island (Pulau Serangoon) selepas 7.00 malam setelah tular satu rakaman video di media sosial yang menunjukkan sekumpulan pengunjung terkandas di taman tersebut.  

Sekurang-kurangnya 10 orang, termasuk dua kanak-kanak, dilihat menunggu di pintu pagar yang tertutup Taman Pulau Serangoon dalam video yang dimuat naik ke Facebook oleh seorang pengguna, John Han pada Sabtu malam (22 Jan). 

Menjawab pertanyaan Mediacorp hari ini, Encik Chia Seng Jiang, pengarah kumpulan NParks bagi taman-taman di timur Singapura, mengatakan lembaga itu sedia maklum tentang kejadian yang melibatkan beberapa individu yang "tidak dapat keluar" daripada taman berkenaan. 

Pintu pagar taman itu ditutup pada 7.00 malam, kata Encik Chia, sambil menambah bahawa waktu Taman Pulau Serangoon dibuka kepada orang ramai tertera di papan tanda yang dipasang di pintu masuk dan tempat berteduh di taman tersebut. 

Pemeriksaan oleh Mediacorp juga mendapati waktu taman itu dibuka kepada orang ramai tertera di laman web NParks, dengan peringatan "pagar-pagar akan ditutup pada 7.00 malam". 

"Pasukan keselamatan taman tersebut tiba dalam masa sejam untuk membuka pagar itu supaya para pengunjung itu dapat keluar," tambah Encik China. 

Taman Pulau Serangoon tidak dipasang dengan lampu dan ditutup kepada orang ramai dari 7.00 malam sehingga 7.00 pagi supaya hidupan liar  mempunyai persekitaran semula jadi untuk hidup dan membiak, kata Encik Chia. 

Selain itu, Encik Chia juga menarik perhatian bahawa taman itu mempunyai biodiversiti yang kaya, termasuk hutan tepi pantai, padang rumput, pokok bakau dan kawasan pokok casuarina. 

"Memandangkan tiada lampu dipasang di taman tersebut, ia tidak selamat untuk para pengunjung menerokanya selepas 7.00 malam kerana mereka mungkin tersesat atau membahayakan diri mereka sendiri," kata Encik Chia. 

"NParks ingin mengingatkan semua pengunjung ke taman-taman tempatan supaya mematuhi waktu buka taman-taman kita dan demi keselamatan diri mereka, mereka seharusnya mematuhi makluman yang disediakan di taman-taman tersebut," tambahnya lagi. 

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan