Tidak perlu tiket, ini antara lokasi terbaik untuk saksikan bunga api pada Hari Kebangsaan
Anggaran Waktu Membaca:
Pertunjukan bunga api di Singapura. (Gambar: Shubhankar Sharma/Unsplash)
SINGAPURA: Usah pasrah jika tidak mempunyai tiket rasmi untuk menyaksikan acara perbarisan dan persembahan bunga api di Padang, di saat-saat akhir pada hari ini. Anda masih belum terlambat untuk menikmati kemeriahan sambutan ini dari pelbagai lokasi strategik termasuk tempat makan di sekitar bandar.
Berikut antara sembilan lokasi terbaik yang boleh dikunjungi untuk merasakan suasana sambutan NDP 2025 dan sekaligus menyaksikan persembahan bunga api yang unik dan berwarna-warni.
Yang penting, jangan keluar rumah lambat untuk dapatkan lokasi yang terbaik. Pastikan juga untuk membawa botol air, cemilan dan payung bersama!
9 LOKASI
Jambatan Helix
Jambatan ini bukan sekadar mercu tanda seni bina moden, tapi ia juga menjadi lokasi yang popular untuk menyaksikan bunga api secara dekat. Dengan kedudukannya yang strategik di antara Marina Centre dengan Marina South, ia merupakan antara lokasi yang terbaik di Marina Bay.
Berlatarkan muzium ArtScience selain bangunan pencakar langit yang lain. Walaupun tiada tempat duduk, lokasi ini menjadi tumpuan utama penggemar fotografi selain pengunjung yang inginkan pengalaman visual yang memukau apabila menyaksikan persembahan bunga api.
Lokasi: Helix Bridge, Marina Bay (MRT terdekat: Bayfront)
Marina Bay Promontory
Inilah antara lokasi yang menawarkan pemandangan tanpa halangan. Promontory merupakan lokasi paling ikonik untuk menyaksikan persembahan bunga api sempena Hari Kebangsaan.
Terletak di tengah-tengah Marina Bay, kawasan ini menawarkan pemandangan luas tanpa sebarang halangan. Suasana di sini pastinya luar biasa dan akan dimeriahkan dengan lautan manusia yang hadir dengan semangat patriotik.
Untuk mendapatkan spot atau tempat yang terbaik, pastikan untuk datang awal dan pilih tempat di sepanjang promenade atau di kawasan tempat duduk bertangga. Jangan lupa juga utuk bawa tikar, kerusi lipat dan bergaya dengan pakaian bertemakan merah dan putih!
Lokasi: 11 Marina Boulevard (MRT terdekat: Downtown/Raffles Place)
Marina Barrage
Ramai yang gemar ke sini untuk berkelah sambil menikmati pemandangan panorama bandar. Marina Barrage menawarkan suasana santai yang sesuai untuk semua peringkat usia. Ia juga merupakan antara lokasi pilihan ramai untuk menyaksikan matahari terbenam.
Tidak hairanlah bila tibanya Hari Kebangsaan, ia juga merupakan antara lokasi popular yang akan dibanjiri ramai pengunjung. Di sini anda boleh menikmati pertunjukan bunga api dengan jelas, menjadikannya satu pengalaman yang istimewa buat sesiapa sahaja.
Sementara menikmati pemandangan indah dan menantikan persembahan bunga api, anda boleh berkelah bersama keluarga dan teman-teman. Bawa bekalan makanan, tikar, payung, minuman dan topi.
Lokasi: 8 Marina Gardens Drive (MRT terdekat: Bayfront /Marina Bay)
Esplanade Waterfront Promenade
Menawarkan kawasan luas dengan pemandangan Marina Bay. Terletak berhampiran Esplanade Theatres dan pelbagai kafe, lokasi ini sangat strategik untuk menikmati makan malam ringan sebelum pertunjukan bermula.
Datang bersama keluarga atau rakan-rakan dan pastikan untuk tiba awal untuk mendapatkan lokasi pilihan yang bersesuaian untuk menyaksikan bunga api nanti.
Lokasi:1 Esplanade Drive (MRT terdekat: Esplanade/City Hall)
Restoran Sofra Turkish
Nikmati makan malam sempena perayaan Hari Kebangsaan di Sofra Turkish Café. Sambil itu anda boleh menikmati keindahan pancaran bunga api dari restoran ini.
Sempena sambutan SG60, restoran ini menawarkan dua set hidangan istimewa Turki yang berlangsung dari sejakarang hingga 10 Ogos. Set NDP 60 untuk dua orang berharga S$88++ dan $188++ untuk set empat orang. Menawarkan pelbagai sajian, antaranya salada, kebab, kunefe dan lain-lain.
Lokasi: 6 Raffles Blvd, #03-129A Marina Square
Tempat letak kereta High Street Centre (Tingkat 5)
Lokasi rahsia dengan pemandangan ikonik. Untuk mereka yang inginkan lokasi alternatif yang lebih tenang, tempat letak kereta terbuka di tingkat lima di High Street Centre ini merupakan pilihan yang tepat.
Selain menikmati keindahan pancaran bunga api, dari sini anda juga boleh melihat pemandangan panorama yang unik termasuk Galeri Nasional dan Supreme Court. Tidak hairanlah jika tempat ini popular di kalangan jurufoto yang ingin merakam potret yang menarik.
Lokasi: 1 North Bridge Road (MRT Terdekat: Clarke Quay/City Hall)
SkyPark Marina Bay Sands
Bagi yang inginkan pengalaman eksklusif, SkyPark di Marina Bay Sands menawarkan pemandangan menakjubkan dari tingkat 56. Anda boleh melihat keseluruhan Marina Bay dan pertunjukan bunga api dari sudut yang luas dan tidak dikepung.
Akses terhad dibuka kepada tetamu hotel atau mereka yang menempah tiket. Layari: www.marinabaysands.com
Lokasi: 10 Bayfront Avenue (MRT terdekat: Bayfront)
Singapore Flyer
Tempah kapsul di Singapore Flyer. Selama 30 minit, anda akan berada di puncak dunia dengan pemandangan 360 darjah yang menakjubkan, dan menikmati persembanhan bunga api warna warni yang menakjubkan dari ketinggian pastinya dapat memberikan pengalaman tidak dapat dilupakan. Layari: https://flyer.singapore-tickets.co
Lokasi: 30 Raffles Avenue (MRT Terdekat: Promenade)
Bay East Garden, Taman Di Pesisiran
Ingin suasana yang lebih damai dan kurang sesak? Anda boleh ke Bay East Garden. Taman ini terletak bertentangan Marina Bay dan di sini anda boleh menyaksikan persembahan bunga api yang berlatar belakang siluet bandar.
Sesuai untuk mereka yang inginkan suasana yang lebih santai. Jika datang awal, anda mempunyai pilihan untuk duduk di bangku yang tersedia ada atau bentangkan tikar yang dibawa bersama.
Lokasi: Bay East Garden, Rhu Cross (MRT terdekat: Tanjong Rhu)
TIP SAKSIKAN BUNGA API
•Tiba awal sekurang-kurangnya tiga hingga empat jam sebelum pertunjukan bermula untuk dapatkan tempat terbaik.
•Bawa kipas bateri, tikar atau kerusi lipat, terutamanya jika lokasi pilihan anda merupakan ruang terbuka dan tidak mempunyai tempat duduk.
•Meriahkan lagi suasana dengan berpakaian mengikut tema NDP, warna kebangsaan merah dan putih.
•Jangan lupa bawa cemilan dan minuman ringan jika anda bercadang untuk berkelah.
•Sebaik-baiknya gunakan pengangkutan awam kerana kawasan yang ingin dituju pasti sesak dan banyak jalan akan ditutup.
•Sambil berseronok, pastikan untuk fikirkan tentang cara ingin pulang ke rumah. Selalunya ramai yang fokus untuk datang, tapi lupa untuk rancang cara pulang. Bila pertunjukan tamat, semua orang akan keluar serentak, pengangkutan awam akan sesak, dan teksi pun susah nak dapat. Jika boleh, cuba tinggalkan kawasan lebih awal sedikit agar anda tidak terperangkap dalam kesesakan.
Akhir kata, apa juga pilihan anda, tidak kira sama ada ingin turut menyertai ribuan yang lain di kawasan Promontory, Bay East Garden, di Singapore Flyer atau di mana sahaja, yang penting adalah keselamatan dan keselesaan.
Pilih lokasi yang sesuai, selamat dan elak bertolak-tolak antara satu sama lain. Di mana sahaja anda berada, bawa bersama semangat patriotik dan raikan ulang tahun Singapura dengan penuh kebanggaan.
Selamat menyambut Hari Kebangsaan yang ke-60! Happy Birthday Singapura!

Sumber : BERITA Mediacorp/NK/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.