Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Tidak perlu sekatan bagi pelawat dari China meski kes COVID-19 melonjak, kata pakar

Anggaran Waktu Membaca:
Tidak perlu sekatan bagi pelawat dari China meski kes COVID-19 melonjak, kata pakar

(Gambar hiasan: Raj Nadarajan/TODAY)

SINGAPURA: Tidak perlu menguatkuasakan syarat kemasukan yang lebih ketat bagi warga China meskipun terdapat lonjakan kes COVID-19 di negara itu.

Demikian menurut para pakar.

Ini adalah disebabkan faktor-faktor seperti kadar vaksinasi yang tinggi di Singapura.

China sedang mengelak daripada penguatkuasaan dasar sifar toleransi terhadap COVID-19 dan sebaliknya, mengambil pendekatan untuk hidup di samping koronavirus.

Perubahan dalam dasar itu malah, menyebabkan lonjakan dalam jangkitan COVID-19. Ia sekali gus menyebabkan kekurangan bekalan kit ujian dan ubat-ubatan seperti ubat demam selesema, di seluruh negara itu.

Terdapat juga permintaan tinggi bagi ubat demam selesema di Singapura, yang dilaporkan didorong oleh para pelanggan yang akan menghantar ubat-ubat itu ke China melalui khidmat penghantaran. Lantaran itu, ia menyebabkan farmasi-farmasi tempatan mengenakan had ke atas pembelian produk-produk demikian oleh para pelanggan.
 
Terdapat tiada keperluan bagi Singapura untuk mengetatkan keperluan kemasukan bagi warga China, meskipun dengan pembukaan semula China, kata Dr Paul Tambyah, Presiden presiden Mikrobiologi Klinikal dan Jangkitan Persatuan Asia Pasifik.

"Kewujudan kes-kes baru di China kelihatan tidak melebihi negara-negara sederhana seperti Jerman, Perancis dan Amerika Syarikat, ketika ini. Tambahan lagi, terdapat sedikit bukti yang menunjukkan bahawa sekatan perjalanan berkesan," kata Dr Tambyah.

Malah, Dr Leong Hoe Nam, pakar penyakit berjangkit di Hospital Mount Elizabeth Novena, dan Profesor Madya Hsu Li Yang, naib dekan Kesihatan Global di Universiti Nasional Singapura (NUS) Saw Swee Hock, sebulat suara bersetuju bahawa sekatan sedemikian tidak diperlukan, disebabkan kadar vaksinasi yang tinggi di Singapura.

Dr Leong menambah bahawa menjalani kehidupan dengan COVID-19 bermakna menerima koronavirus "seperti adanya" dan belajar untuk menyesuaikan diri dengannya.

Apabila ditanya sama ada terdapat sekatan kemasukan bagi warga China, seorang pegawai Penguasa Imigresen & Pusat Pemeriksaan (ICA) merujuk kepada syarat kemasukan bagi semua warga asing, yang terakhir sekali dikemas kini pada 12 Disember lalu.

Mediacorp sudahpun menghubungi Kementerian Kesihatan (MOH) untuk mendapatkan komen.

PELAWAT SIMPAN BEKALAN DI SG SEBELUM BERANGKAT KE CHINA

Encik Adrian Tan, seorang warga Singapura yang berpangkalan di Shanghai, berkata beliau bimbang berhubung lonjakan kes COVID-19, kerada beliau dan kebanyakan rakan sekerjanya sedang dijangkiti virus tersebut.

Pengarah kreatif berusia 42 tahun itu menambah bahawa dia akan menyimpan bekalan ubat-ubatan dan pelitup apabila beliau berada di Singapura, sebelum pulang ke China.

"Kawan-kawan saya di China sudah meminta saya untuk membeli Panadol untuk mereka apabila saya pulang ke Singapura, oleh itu saya akan menyimpan bekalan Panadol dan pelitup," ujar Encik Tan.
Sumber : Today/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan