Tidak perlu pasport: Pelawat naik kereta boleh lepasi imigresen guna kod QR mulai awal 2024
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Para pelawat yang melalui pusat pemeriksaan darat Singapura menaiki kereta akan dapat melepasi imigresen dengan hanya menggunakan kod QR dan bukan lagi pasport mulai awal 2024.
Perubahan itu akan dilaksanakan di semua kaunter bagi kereta di pusat pemeriksaan Woodlands dan Tuas.
Laluan automatik khas bagi kereta menggunakan kod QR akan dibuka di Pusat Pemeriksaan Tuas mulai 2026, disusuli dengan Pusat Pemeriksaan Woodlands yang dinaik taraf mulai 2028.
Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) mengumumkan demikian sewaktu seminar pelan kerja tahunan pada Jumaat (5 Mei), di mana inisiatif tersebut dibentangkan.
Sistem Pelepasan Automatik Penumpang Dalam Kereta (APICS) dibangunkan oleh Agensi Sains dan Teknologi Home Team (HTX). Pelaksanaannya menyusuli ujian langsung yang bermula tahun lalu.
Apabila dilaksanakan sepenuhnya, sistem automatik itu akan membolehkan para pelawat melakukan sendiri proses pelepasan imigresen dari dalam kereta, dengan campur tangan minimal daripada para pegawai, menurut ICA.
CARA IA DIJALANKAN
Dalam fasa pertama mulai awal 2024, proses pelepasan dalam kereta tidak akan automatik sepenuhnya kerana pegawai masih akan ditempatkan di kaunter manual.
Pegawai tersebut kemudian akan menjalankan "pemeriksaan imej muka" penumpang di dalam kereta menggunakan data yang diperoleh melalui kod QR.
"Ini akan membolehkan pelepasan berkumpulan diselesaikan dengan lebih cepat dan mengurangkan jumlah masa yang diambil untuk melepasi imigresen," menurut ICA.
Para pelawat akan dapat menyimpan profil yang sudah mereka cipta dan menggunakannya bagi lawatan seterusnya, tanpa perlu mengisi butiran mereka lagi.
Apabila laluan APICS dilancarkan di pusat pemeriksaan Tuas dan Woodlands kelak, para pelawat akan mengimbas kod QR yang dihasilkan sendiri melalui aplikasi MyICA.
Mereka kemudian akan menunjukkan biometrik mereka untuk pengesahan identiti melalui pengimbas biometrik tanpa sentuh APICS.
TIADA LAGI KAUNTER MANUAL
Mulai suku pertama 2024, ICA juga akan menggantikan kaunter manual secara berperingkat di dewan penumpang semua pusat pemeriksaan dengan kira-kira 800 laluan automatik baru di bawah Sistem Kawalan Sempadan Automatik (ABCS).
"Pelepasan imigresen automatik akan menjadi kebiasaan di pusat pemeriksaan," kata Timbalan Pesuruhjaya Dasar dan Transformasi Cora Chen.
Laluan ABCS akan membolehkan penduduk Singapura yang keluar dan masuk serta pelawat yang keluar dari negara ini menikmati pelepasan tanpa sentuh, tanpa perlu menunjukkan pasport mereka.
"Ini akan memberikan para pelawat pengalaman pelepasan yang lebih lancar dan pantas, di samping membolehkan ICA menangani kenaikan jumlah pelawat dan jumlah kakitangan yang terhad," menurut agensi itu.
PUSAT PERKHIDMATAN BERSEPADU DIBUKA PADA 2024
Pusat Perkhidmatan ICA bersepadu baru yang terletak bersebelahan Bangunan ICA di Lavender dijangka mula beroperasi pada 2024.
ICA kini mempunyai tiga pusat perkhidmatan. Individu mungkin perlu beratur di pusat yang berbeza bergantung kepada bantuan yang diperlukan.
Pusat Perkhidmatan ICA bersepadu itu akan menyediakan "perkhidmatan sehenti yang lancar" di mana orang ramai boleh dilayan di satu pusat walaupun mereka memerlukan perkhidmatan yang berbeza, menurut agensi itu.
Bangunan 10 tingkat itu pertama kali diumumkan pada 2019. Ia akan menampilkan Sistem Pengurusan Dokumen Pintar Bersepadu (iSMART) untuk pelanggan mengambil dokumen seperti kad pengenalan dan pasport mereka.
MENGGUNAKAN AI UNTUK IMBAS KARGO
ICA juga mengumumkan bahawa ia sedang menguji penggunaan kecerdasan buatan (AI) untuk mengesan kejanggalan dalam imej imbasan kargo, bungkusan dan bagasi.
Singapura sedang memperluaskan penggunaan automasi dan pelepasan tanpa kertas dalam proses pelepasan kargonya. Tetapi pegawai masih diperlukan untuk meneliti secara manual imej radiografi kargo yang melalui pusat pemeriksaan, tambah ICA.
Penggunaan AI akan mengukuhkan keupayaan Singapura untuk mengesan sebarang ancaman dalam kargo dan menghalang ancaman tersebut daripada masuk ke Singapura, menurut ICA.

Sumber : CNA/HY/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.