Skip to main content

Singapura

Tidak perlu lap meja, menurut NEA selepas tular video pertikaian pegawai dan pelanggan

Anggaran Waktu Membaca:
Tidak perlu lap meja, menurut NEA selepas tular video pertikaian pegawai dan pelanggan

Gambar fail: CNA

Diterbitkan : 17 Oct 2023 05:24PM Dikemas Kini : 17 Oct 2023 06:51PM
SINGAPURA: Pegawai penguatkuasa mengeluarkan amaran kepada seorang pengunjung di Pusat Penjaja dan Pasar Tekka kerana dia enggan memulangkan gelas dan membuang tin minumannya.

Demikian menurut Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) pada Selasa (17 Okt).

Para pelanggan di pusat penjaja, kedai kopi dan pusat makanan harus memulangkan dulang dan pinggan mangkuk, mengikut undang-undang.

NEA, lembaga berkanun yang menguruskan pusat penjaja di Singapura, mengeluarkan kenyataan di Facebook, sebagai respons kepada video yang tular di media sosial.

Video berkenaan, yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok "Khuranasahib_pb04" pada Jumaat (13 Okt) menunjukkan pertikaian yang tercetus antara pelanggan itu dan dua pegawai penguatkuasa NEA.

Pada permulaan video berkenaan, pelanggan tersebut didengar bertanya kepada pegawai tersebut: "Anda kata kepada saya, jika saya mengotorkan meja itu, saya patut lap meja tersebut. Adakah itu benar?"

Salah seorang daripada pegawai itu menjawab: "Bersihkan meja anda."

Meja yang dirujuk dalam pertikaian tersebut, dan pelanggannya, tidak dapat dilihat menerusi video berkenaan.


"IA BUKAN TANGGUNGJAWAB SAYA"


Baki video selama 90 saat itu memaparkan pelanggan itu cuba mendapat penjelasan sama ada dia patut "membersihkan meja, (pinggan mangkuk) yang dipakai buang, bukan lap meja itu".

"Terpulang kepada anda bagaimana anda ingin membersihkannya, asalkan ia cukup bersih," jelas salah seorang daripada pegawai itu.

Pelanggan tersebut kemudian berkata: "Tidak tidak tidak, jika saya mengotorkan meja itu, ia bukan tanggungjawab saya untuk lap," di mana pegawai itu membalas dengan menyatakan: "Kami sudah menyatakan kepada anda dengan jelas, selepas anda makan, semua mesti dibersihkan dan dipulangkan."

Lelaki itu kemudian mencelah pegawai itu dan cuba mendapat penjelasan jika dia perlu lap meja tersebut sekiranya dia mengotorkannya.

Kedua-dua pegawai itu menjawab "ya" secara serentak.

"PELANGGAN TIDAK PERLU LAP MEJA"

Dalam kenyatannya pada Selasa, NEA menarik perhatian bahawa meskipun pelanggan tidak dikehendaki mengelap meja selepas menggunakannya, tiada sesiapa patut meninggalkan sebarang sampah di atau sekitar meja tersebut - termasuk tisu, tisu basah, tin minuman, kulit makanan laut mahupun tulang.

Dalam bahagian FAQ lamannya, NEA menyatakan bahawa jika terdapat tumpahan minuman atau kuah secara tidak sengaja di atas meja, pegawai akan mengambil "pendekatan yang pragmatik" dan tidak melaksanakan tindakan penguatkuasaan. "Seperti yang dapat dilaksanakan, pelanggan boleh membantu membersihkan kuah atau minuman yang tumpah dan memastikan meja bersih," kata NEA.

Berhubung isu barangan yang ditinggalkan oleh seorang pelanggan sebelumnya, NEA menyatakan: "Pembersih akan membantu dalam memulangkan dulang, pinggan mangkuk dan sampah yang ditinggalkan oleh pelanggan sebelumnya."

Agensi tersebut menggesa semua pelanggan supaya menyokong Kempen Meja Bersih NEA, dengan memulangkan dulang dan pinggan mangkuk mereka yang kotor, dan memastikan meja bersih bagi pelanggan seterusnya.

Mediacorp sudahpun menghubungi pengguna TikTok itu untuk mengulas mengenai kenyataan NEA bahawa gelas serta tin minuman tersebut yang ditinggalkannya itu miliknya.

Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita