Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Tidak perlu janji temu untuk ambil NRIC, pasport apabila Pusat Perkhidmatan ICA baharu dibuka pada 2025

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Orang ramai tidak lama lagi akan dapat mengambil pasport dan kad pengenalan mereka di Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) tanpa membuat sebarang janji temu.

Sistem ambil sendiri ini akan diperkenalkan di Pusat Perkhidmatan ICA (ISC) baharu yang dijangka akan mula beroperasi pada 2025.

Kemas kini Sistem Pengurusan Dokumen Bijak Bersepadu (iSMART) diumumkan di Seminar Pelan Kerja Tahunan ICA pada Jumaat (17 Mei).

"iSMART adalah huraian menyeluruh yang menyusun, memantau, menyimpan dan menyampaikan dokumen. Ia juga mengautomasikan pengeluaran dokumen atas permintaan kepada pelanggan dengan memanfaatkan biometrik dan robotik," menurut ICA dalam kenyataan medianya.

Ia diumumkan sedang agensi tersebut bergerak ke arah menyediakan "pengalaman bebas halangan" untuk pelanggan dengan mereka bentuk semula prosesnya dan memanfaatkan pelbagai teknologi.

ISC, yang terletak bersebelahan dengan bangunan ICA sedia ada di Kallang Road, akan menyaksikan pelbagai pusat perkhidmatannya disusun semula menjadi sebuah pusat bersepadu.

ICA menjelaskan: "Matlamatnya adalah untuk menyediakan perkhidmatan sehenti yang lancar."

Bangunan ISC, setinggi 10 tingkat, pertama kali diumumkan pada 2019.
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan