Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Tidak perlu dapatkan MC jika positif COVID-19: Dr Tan See Leng

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 22 Feb 2022 08:56PM Dikemas Kini : 22 Feb 2022 08:59PM

SINGAPURA: Pemerintah sekali lagi mengulangi seruan kepada majikan bahawa tidak perlu meminta sijil perubatan (MC) dari pekerja yang positif COVID-19.

Sistem jagaan kesihatan tempatan kini
terus menyaksikan ramai pesakit yang cuba mendapatkan sijil cuti sakit.

Klinik keluarga, poliklinik dan jabatan kecemasan di hospital masih melaporkan banyak pesakit yang datang untuk mendapatkan sijil perubatan untuk mengambil cuti sakit.

Ini meskipun arahan sudah dikeluarkan oleh Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dua minggu lalu untuk membenarkan majikan menerima hasil keputusan positif ART sebagai bukti jangkitan COVID-19.

Menteri Tenaga Manusia, Dr Tan See Leng, menekankan kunjungan ke doktor tidak diperlukan dan pekerja yang dijangkiti koronavirus perlu rehat dan menjalani pemulihan di rumah.

Pesakit juga tidak perlu mendapatkan surat pengesahan sudah sembuh untuk kembali ke tempat kerja.

Mereka bagaimanapun boleh ke Pusat Ujian Pantas (QTC) bagi jangkitan mereka direkodkan secara rasmi.

Kesemua ujian di pusat-pusat itu boleh dilakukan
secara percuma sehingga 15 Mac depan.

Sumber : CNA/RU/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan