Tidak lagi 'ulu': Mengapa harga flat jualan semula di Sembawang naik lebih pantas berbanding estet lain?
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Hanidah Amin/CNA
SINGAPURA: Pasaran perumahan Singapura bertambah rancak sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dengan harga rumah sewa mencecah paras rekod semasa pandemik di tengah-tengah permintaan yang meningkat dan bekalan yang berkurangan.
Sedang harga flat jualan semula HDB mencapai paras teringgi bagi hampir semua estet perumahan, salah satu daripadanya mendapat perhatian ramai - iaitu di Sembawang.
Dahulu dianggap sebagai 'ulu' - istilah yang merujuk kepada sesuatu tempat yang terpencil - harga jualan semula bagi flat empat dan lima bilik mencatatkan kenaikan paling tinggi dari segi peratusan dalam kalangan estet-estet HDB.
Harga jualan semula median bagi flat empat bilik di Sembawang melonjak dari S$338,000 kepada S$551,000 dalam tempoh kurang lima tahun - kenaikan sebanyak 63 peratus.
Ia jauh lebih tinggi berbanding kenaikan 37.7 peratus dalam indeks harga jualan semula HDB (RPI) bagi tempoh yang sama.
Flat lima bilik di Sembawang menyaksikan harga jualan semula median melonjak dari S$392,000 kepada S$602,000 dalam tempoh yang sama, iaitu kenaikan sebanyak 53.8 peratus.
Estet-estet perumahan lain juga menyaksikan kenaikan ketara bagi tempoh yang sama - dengan flat empat bilik di Bukit Batok naik sebanyak 62.5 peratus dan flat-flat di Kallang/Whampoa pula naik 59.6 peratus.
Di Woodlands, kenaikannya adalah sebanyak 59.4 peratus manakala Yishun menyaksikan kenaikan 52 peratus.
Bagi flat lima bilik pula, estet perumahan yang menyaksikan kenaikan harga sama tinggi adalah Sembawang, Woodlands, Choa Chu Kang, Bukit Batok dan Yishun.
Harganya naik antara 44.5 dengan 53.8 peratus.
MENGAPA SEMBAWANG?
Sepanjang tahun lalu, sejumlah flat di Sembawang dijual pada harga lebih daripada S$700,000. Sebuah rumah maisonette di Canberra Road dijual pada harga S$810,000 pada Oktober 2023 dan sebuah flat lima bilik di Canberra Street pula pada harga S$750,000 pada Januari tahun ini.
MENGAPA FLAT DI TEMPAT-TEMPAT SEPERTI SEMBAWANG MENCATATKAN PRESTASI MEMBERANGSANGKAN?
Ketua penyelidikan dan analisis data Singapore Realtors Inc (SRI), Encik Mohan Sandrasegeran berkata ketersambungan yang lebih baik dan lebih banyak kemudahan gaya hidup telah meningkatkan daya tarikan rumah-rumah di kawasan itu.
Pembukaan Stesen MRT Canberra telah meningkatkan lagi akses kepada pengangkutan awam di bandar tersebut, katanya.
Projek baharu seperti Koridor Utara-Selatan juga dijangka akan meningkatkan lagi keterhubungan dari daerah utara Singapura ke kawasan bandar.
Selain Stesen MRT Sembawang dan Canberra untuk para penduduk di kawasan itu, satu lagi rangsangan kepada keterhubungan di kawasan tersebut adalah Laluan Thomson-East Coast yang menghubungkan Laluan Utara-Selatan di Stesen MRT Woodlands.
Kemudahan baharu di kawasan itu termasuk pusat beli-belah Canberra Plaza dan Bukit Canberra, sebuah hab sukan dan masyarakat yang dilengkapi dengan sebuah pusat penjaja, dewan sukan, kompleks renang dan sebuah poliklinik.
"Kemudahan di Sembawang bukan sahaja mempertingkatkan taraf hidup para penduduk tetapi juga menyumbang kepada tanggapan positif bagi kawasan itu, menjadikannya pilihan menarik kepada para pembeli hartanah," kata Encik Sandrasegeran.

Sumber : CNA/HA/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.