Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Tidak lagi perlu tempah slot solat Jumaat kecuali hari cuti umum

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Tempahan slot bagi solat Jumaat tidak lagi diperlukan.

Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) mengumumkan demikian pada Isnin (17 Apr) selepas masjid-masjid membuat penilaian bagi menunjukkan kesediaan mereka dalam menguruskan aliran jemaah pada setiap minggu untuk solat Jumaat.

Ini termasuk menguruskan berbilang sesi jika perlu.

Namun, aturan itu dikecualikan bagi hari cuti umum.

Pada hari cuti umum Good Friday yang lalu, MUIS masih memerlukan jemaah untuk membuat tempahan slot bagi menunaikan solat Jumaat di 57 masjid tempatan.

Langkah itu dianggap perlu bagi mengelak kesesakan dan demi menjaga keselamatan dan kesejahteraan semua jemaah.

Pada Jumaat tersebut, sekitar 150,000 jemaah dijangka menunaikan solat, sedangkan masjid-masjid di sini hanya boleh menampung sekitar 98,000 jemaah dalam satu sesi.
Sumber : BERITA Mediacorp/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan