Tidak guna sarung tangan semasa mengendalikan daging antara kelemahan di kemudahan pemprosesan daging: SFA
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: SFA)
SINGAPURA: Sebuah syarikat yang memproses ayam, itik dan daging panggang didenda S$24,000 atas kelemahan berhubung kebersihan, menurut Agensi Makanan Singapura (SFA) pada Rabu (7 Sep).
Mua Hin Poultry Farm, sebuah tempat pemprosesan daging yang terletak di Senoko Crescent didapati melanggar peraturan berkaitan kebersihan apabila pegawai SFA memeriksa premis tersebut pada April, Jun dan Ogos.
Kelemahan tersebut termasuk pembungkusan ayam dan itik panggang di tempat punggah muatan, cara menyimpan daging mentah, ayam dan itik di luar premis serta pengendalian daging panggang tanpa menggunakan sarung tangan.
Keselamatan makanan adalah tanggungjawab bersama kerana makanan boleh tercemar di mana-mana sahaja di sepanjang rantai makanan, menurut SFA.
Agensi berkenaan menambah akan terus berwaspada dan berusaha untuk memastikan langkah-langkah kawal selia disediakan dan dikuatkuasakan dengan betul. Industri makanan dan juga pelanggan harus memainkan peranan mereka.
"Semua tempat makanan harus memastikan premis mereka bersih dan diselenggara dengan baik serta mematuhi keperluan kebersihan makanan dan keselamatan makanan yang betul," tambah SFA dalam kenyataan medianya.
Di bawah Akta Daging dan Ikan Selamat Dimakan, mereka yang didapati bersalah berdepan denda sehingga S$10,000, penjara sehingga 12 bulan, atau kedua-duanya sekali.
SFA menyatakan orang awam boleh melaporkan pengendali makanan yang mungkin melakukan kesalahan melalui borang maklum balas agensi itu secara online.

Sumber : CNA/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.