Tidak dapat ziarah ibu sakit sebelum beliau meninggal, Muhammad Haziq kerja keras bagi PSLE untuk 'banggakan ibu'
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Today
SINGAPURA: Masih segar lagi dalam ingatan Muhammad Haziq Alias, kali terakhir beliau berjumpa ibunya pada Mac lalu. Haziq yang baru mencecah usia 12 tahun, layak bagi suntikan COVID-19 dan dibenarkan berjumpa ibunya yang menjalani penjagaan paliatif akibat penyakit barah kronik tahap akhir.
Sebelum itu anak beranak tersebut hanya mampu berhubungan melalui panggilan video.
Namun, pertemuan mereka tidak berpanjangan kerana tiga minggu kemudian ibunya meninggal dunia.
Kejadian itu meninggalkan kesan amat mendalam buat Haziq yang sedang membuat persiapan untuk menduduki Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE). Prestasinya di sekolah terjejas teruk.
Namun, pelajar Sekolah Rendah Frontier itu tekadkan semangat dan bangkit semula.
Pada Rabu (23 Nov), Haziq mampu tersenyum lebar kerana adalah dalam kalangan lebih 37,000 pelajar yang mengambil keputusan PSLE mereka.
Beliau memperolehi gred B untuk empat mata pelajaran asas dan markah Tahap Pencapaian (AL) yang melayakkannya ke kursus Normal (Teknikal) di sekolah menengah.
Kementerian Pendidikan (MOE) dan Lembaga Peperiksaan dan Penilaian Singapura (SEAB) mengumumkan pada Rabu bahawa 98.4 peratus pelajar yang menduduki PSLE tahun ini layak ke sekolah menengah.
Mereka adalah kohort kedua yang dinilai mengikut sistem penskoran Tahap Pencapaian (AL) yang baru.

Cik Nellie Soh, guru Haziq dan ketua tingkatan 6 sekolah itu memberitahu Mediacorp, "Kami semua amat bangga dengan Haziq dan bukan sahaja dari segi akademik tetapi juga kerana tingkah lakunya.
"Dia adalah contoh teladan dan sangat tabah. Dia selalu dapat mengawal emosi dengan baik dan sentiasa membantu rakan-rakannya walaupun berdepan dengan masalahnya sendiri,"
Guru-guru Haziq menceritakan bagaimana dia sekali-sekala menangis dalam kelas selepas ibunya meninggal dunia dan sukar untuk memberikan tumpuan kepada pelajaran.
Selepas mendapat keputusan ujian yang kurang memuaskan pada Mac, guru-gurunya mengubah kursus Haziq daripada empat mata pelajaran standard kepada empat mata pelajaran asas untuk membantunya.
Meskipun berasa sedih, Haziq bertekad untuk lakukan yang terbaik. "Saya mahu membanggakan beliau (arwah ibunya)," katanya.
Cik Soh berkata, "Apabila dia ditukarkan untuk mengambil empat mata pelajaran asas, saya rasa dia agak lega kerana dia boleh belajar dengan lebih baik. Dengan itu, keyakinan dirinya bertambah dan itulah sebab dia boleh tunjukkan prestasi lebih baik."
Haziq juga menjalani sesi kaunseling bersama kaunselor sekolah untuk membimbingnya melalui masa-masa sukar dan memberikan pertolongan akademik.
"Di sekolah, jika saya ada masalah, saya akan mendapatkan bantuan guru-guru saya. Jika di rumah, saya akan dapatkan bantuan dari ayah atau abang saya."
"Tanpa mereka, mungkin saya tidak layak ke Sekolah Menengah," tambah Haziq.
RANCANGAN MASA DEPAN
Atas tingkah laku teladannya, Haziq diberi Anugerah Daya Bingkas Frontier.
Haziq kini tidak sabar untuk melanjutkan pelajarannya di Sekolah Menengah Bukit View.
Apabila ditanya apa yang akan katakan kepada ibunya jika Allahyarhamha ada di depannya, Haziq berkata, "Terima kasih kerana mendorong saya supaya saya layak ke sekolah menengah."

Sumber : Today/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.