Skip to main content

Singapura

Tidak bertindak terhadap cabaran jangka panjang ada akibatnya: Presiden Tharman

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 27 Nov 2024 07:55PM Dikemas Kini : 28 Nov 2024 12:30AM
SINGAPURA: Presiden Tharman Shanmugaratnam berkata bahawa jika Singapura tidak mengambil tindakan dalam menangani cabaran jangka panjang seperti perubahan iklim, ia boleh membawa akibat yang lebih mendalam untuk generasi akan datang.

Beliau menambah perubahan iklim adalah cabaran terbesar dan paling kompleks hari ini.

Presiden Tharman mengatakan demikian semasa Ceramah Umum JY Pillay yang diadakan buat julung-julung kalinya.

Beliau juga berkata dengan bertindak awal, pembangunan teknologi hijau dapat dipertingkatkan dengan cepat dan kosnya boleh dikurangkan.

Krisis iklim juga menyediakan peluang besar seperti perniagaan dan pertumbuhan pekerjaan.

Encik Tharman berkata: "Kita perlu membincangkan tentang faedah huraian berasaskan alam semula jadi kepada kita.

"Bekalan air bersih, hasil tanaman lebih baik apabila kita amalkan pertanian regeneratif, apabila kita gunakan baja baharu, apabila kita gunakan kaedah pertanian yang lebih mesra alam. Manfaat hari ini dan masa depan harus menjadi alasannya."

Presiden Tharman juga menyentuh tentang cabaran masyarakat yang semakin tua dan kecerdasan buatan (AI).

Beliau berkata kebanyakan masyarakat tidak merancang lebih awal untuk masyarakat yang menua.

Mereka kini berdepan dengan pembiayaan jagaan kesihatan dan pencen yang tidak mampan. Beban sebegini akan diteruskan ke generasi seterusnya.

Mengenai isu penggunaan AI, Presiden Tharman berkata ia tidak boleh ditangguhkan sehingga ia dianggap selamat.

Sebaliknya, dunia harus mencari faedah awal dalam aplikasi itu dan gunakan AI untuk menambah keupayaan sedia ada.
Sumber : CNA/QA/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita