Skip to main content

Singapura

Tidak benar Pemerintah rancang tambah jumlah penduduk S'pura kepada 10 juta: PMO

Adalah tidak benar bahawa Pemerintah merancang untuk menambah jumlah penduduk di Singapura kepada 10 juta orang, kata Pejabat Perdana Menteri (PMO) pada Rabu (1 Jul), sambil menambah bahawa terdapat kenyataan yang dikongsi di pelbagai wadah online mengenai perkara itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Tidak benar Pemerintah rancang tambah jumlah penduduk S'pura kepada 10 juta: PMO

Orang ramai di Orchard Road semasa Fasa 2 pembukaan semula selepas 'circuit breaker' (Gambar: Jeremy Long)

Diterbitkan : 01 Jul 2020 09:02PM Dikemas Kini : 01 Jul 2020 09:17PM

SINGAPURA: Adalah tidak benar bahawa Pemerintah merancang untuk menambah jumlah penduduk di Singapura kepada 10 juta orang, kata Pejabat Perdana Menteri (PMO) pada Rabu (1 Jul), sambil menambah bahawa terdapat kenyataan yang dikongsi di pelbagai wadah online mengenai perkara itu.

"Divisyen Penduduk dan Bakat Nasional (NPTD), Kumpulan Strategi, Pejabat Perdana Menteri, ingin menyatakan secara tegas bahawa kenyataan -kenyataan itu tidak benar," menurut PMO dalam satu kenyataan media.

"Pemerintah tidak mengusulkan, merancang mahupun menyasarkan agar Singapura meningkatkan jumlah penduduknya menjadi 10 juta."

Kenyataan media itu merujuk kepada sebuah artikel Factually pada Mac, yang menyatakan bahawa jumlah penduduk Singapura dipengaruhi oleh pelbagai faktor, termasuk kadar kelahiran, jangka hayat dan perkembangan global.

"Pemerintah berharap dapat mencapai keseimbangan antara faktor-faktor ini untuk memastikan Singapura yang mampan dengan masyarakat yang kohesif dan ekonomi yang dapat memperbaiki kehidupan rakyat Singapura," menurut artikel itu.

"Pemerintah tidak cuba untuk mencapai saiz penduduk tertentu," tambahnya.

"Kami memantau trend penduduk dengan teliti, dan secara kerap menyemak dasar populasi bersama dengan keperluan prasarana dan pembangunan sosial."

PMO menyatakan bahawa kemas kini mengenai ramalan penduduk Singapura dibentangkan di Parlimen pada Mac 2018.

"Dalam kemas kini itu, Pemerintah menyatakan bahawa berdasarkan trend terkini, jumlah penduduk Singapura mungkin berada jauh di bawah 6.9 juta pada tahun 2030," kata PMO.

"Ramalan ini tetap tidak berubah."

PMO menambahkan penerbitan kepalsuan itu "merosakkan kepentingan awam, dengan menjejas perbincangan sah yang jujur".

"Tindakan sewajarnya mungkin diambil terhadap sebarang penerbitan selanjutnya," tegasnya.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita