Tidak ada sampel makanan tercemar dari Jepun ditemui, kata SFA dalam reaksi kepada podcast Wall Street Journal
(Gambar hiasan: iStock)
SINGAPURA: Singapura tidak menemui sampel makanan tercemar dari Jepun berikutan pelepasan air sisa dari loji nuklear Fukushima, kata Agensi Makanan Singapura (SFA) pada Ahad (3 Sep). Penjelasan itu adalah sebagai respons kepada podcast Wall Street Journal (WSJ) bertajuk Lebih Banyak Negara Melarang Import Makanan Jepun (More Countries Ban Import of Japanese Food).
Menurut podcast itu, yang disiarkan pada 24 Ogos,"Singapura telah menemui pencemaran radioaktif dalam sampel sayuran dari Jepun".
"Podcast WSJ itu telah merujuk kepada kenyataan media oleh bekas Penguasa Agromakanan & Veterinar (AVA) Singapura pada 2011," kata SFA. Walaupun podcast itu disiarkan di laman web WSJ pada 24 Ogos, ia merujuk kepada peristiwa pada 25 Mac 2011, iaitu dua minggu selepas bencana nuklear Fukushima di Jepun.
SFA menambah pada Ahad bahawa ia tidak menemui sampel sayur-sayuran tercemar dari Jepun atau produk makanan yang dilarang dari mana-mana wilayah Jepun baru-baru ini.
Agensi itu juga mengulangi bahawa ia menggunakan pendekatan berasaskan sains ke arah menilai risiko keselamatan makanan.
"Makanan yang diimport ke Singapura tertakluk kepada rejim pengawasan dan pemantauan SFA, termasuk bagi radiasi. Tindakan penguatkuasaan akan diambil sekiranya makanan yang diimport didapati tidak selamat atau tidak sesuai untuk dimakan."
Menjawab soalan tentang keselamatan makanan berikutan keputusan Jepun untuk melepaskan air sisa Fukushima ke Lautan Pasifik, Menteri Kemampanan dan Sekitaran Grace Fu berkata pada 3 Ogos bahawa SFA telah memantau rapi import makanan, termasuk dari Jepun.
"Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) menilai bahawa pelepasan air radioaktif yang dirancang Jepun dari loji nuklear Fukushima ke laut tidak mungkin memberi kesan kepada air laut di dalam atau sekitar perairan Singapura," tambahnya.
"Kadar radioaktif yang diukur terus kekal dalam tahap semula jadi kami."
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.