Tidak ada "protokol standard" bagi runding pengusiran warga asing yang sabit kesalahan: Shanmugam
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar fail: CNA
SINGAPURA: Singapura tidak mempunyai sebarang "protokol standard" untuk berunding dengan pihak berkuasa mana-mana negara, yang akan menerima warga asing yang diusir dari sini selepas disabit melakukan kesalahan.
Demikian ditegaskan Menteri Undang-Undang merangkap Ehwal Dalam Negeri K Shanmugam pada Selasa (6 Ogos).
Singapura juga biasanya tidak mendedahkan perbincangan tertentu, sekalipun perbincangan sedemikian kadangkala mungkin diadakan atas sebab keselamatan operasi atau perisikan, tambahnya, dalam menjawab pertanyaan parlimen oleh Cik Sylvia Lim (WP-Aljunied).
Cik Lim mengemukakan pertanyaan khususnya mengenai seorang rakyat China, Zhang Ruijin, yang merupakan salah seorang daripada individu yang didakwa dalam kes pengubahan wang haram terbesar di Singapura. Lelaki berusia 45 tahun itu dideportasi ke Kemboja selepas menjalani hukuman di Singapura. Dia kemudian diusir oleh Kemboja pada Julai lalu, lebih sebulan selepas dia tiba di sana.

Cik Lim juga bertanya jika Singapura mempunyai sebarang "protokol standard" untuk berunding dengan pihak berkuasa mana-mana negara yang akan menerima individu yang dideportasi.
"Negara asing itu boleh, sebagai sebuah negara yang berdaulat, memilih untuk membenarkan kemasukan atau ia juga sebaliknya boleh memilih untuk tidak membenarkan kemasukan apabila individu itu tiba di sempadannya. Atau ia boleh mengambil tindakan seterusnya untuk mengusir individu terbabit selepas dibenarkan masuk," jelasnya, sambil menambah bahawa ia "tidak berbeza daripada mana-mana pengunjung lain".
Singapura tidak berbincang mengenai kes Zhang dengan pihak berkuasa Kemboja, dedah Menteri Undang-Undang merangkap Ehwal Dalam Negeri itu.
"Pendirian umum yang diambil oleh kementerian saya mengenai perbincangan dengan pemerintah asing mengenai pengusiran ialah kami tidak sepatutnya mendedahkan perkara ini. Bukan kepentingan awam untuk mendedahkannya," katanya.
Dalam satu soalan tambahan, Cik Lim bertanya jika pemerintah khuatir bahawa pesalah akan memilih untuk dideportasi ke sebuah negara yang dianggap menguntungkan mereka, dan sama ada ia mengambil kira sekiranya pesalah memilih sesebuah tempat yang dapat memudahkan mereka mengelak daripada pendakwaan.
"Mereka boleh memilih untuk pergi ke mana saja mereka mahu pergi. Undang-undang membenarkan mereka pergi ke mana pasport mereka membenarkan mereka pergi," kata Encik Shanmugam sebagai respons, sambil menyatakan bahawa apa yang berlaku kepada mereka di negara penerima itu adalah "tidak relevan dari segi undang-undang".

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.