Tiada warga SG cedera dalam tragedi rempuhan di Korea Selatan
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: AFP/Anthony Wallace)
SINGAPURA: Buat masa ini tiada laporan mengenai warga Singapura yang cedera dalam kalangan mereka yang mengalami kecederaan akibat rempuhan yang berlaku di Seoul.
Demikian menurut Kementerian Ehwal Luar (MFA) pada Ahad malam (30 Okt).
Sekurang-kurangnya 153 orang terkorban dan beratus-ratus yang lain mengalami kecederaan di daerah Itaewon di Seoul apabila orang ramai meluru ke lorong-lorong kecil semasa pesta Halloween diadakan pada Sabtu malam (29 Okt).

Perdana Menteri Lee Hsien Loong mengutuskan takziah kepada Presiden Yoon Suk-yeol pada Ahad (30 Okt).
Dalam suratnya itu, PM Lee turut meluahkan rasa sedih yang mendalam apabila mendapat tahu tentang rempuhan itu.
"Amat menyayat hati ramai yang terkorban adalah anak muda," tambah beliau.
"Bagi pihak Pemerintah Singapura, saya ingin menyampaikan takziah yang mendalam kepada keluarga para mangsa."
"Ingatan kami bersama dengan warga Korea Selatan sewaktu masa-masa yang sukar ini dan saya berharap semua yang cedera akan segera pulih."
Menurut MFA, Kedutaan Singapura di Seoul sedang berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan.
Rakyat Singapura di Seoul, yang memerlukan bantuan konsular, boleh menghubungi Kedutaan Singapura di Seoul di talian +82-10-7204-6240 atau Pejabat Petugas MFA di talian +65 6379 8800 / 8855.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.