Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Tiada warga S'pura terlibat nahas kereta api Taiwan: MFA

Kementerian Luar (MFA) mengesahkan tiada warga Singapura terlibat dalam nahas kereta api yang tergelincir di Taiwan pada Jumaat (2 April).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 02 Apr 2021 09:09PM Dikemas Kini : 02 Apr 2021 11:08PM

SINGAPURA: Kementerian Luar (MFA) mengesahkan tiada warga Singapura terlibat dalam nahas kereta api yang tergelincir di Taiwan pada Jumaat (2 April).

Sebuah kereta api ekspres yang membawa sekitar 490 orang dari Taipei ke Taitung tergelincir di sebuah terowong di timur Taiwan, setelah dipercayai melanggar sebuah lori.

Sekurang-kurangnya 48 orang terbunuh dan puluhan lagi cedera, dalam nahas kereta api terburuk di pulau itu sejak sekurang-kurangnya empat dekad.

"Pemerintah Singapura amat berdukacita tentang korban jiwa akibat nahas kereta api di Hualien, Taiwan pagi ini," kata jurucakap MFA.

"Kami ingin menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat dan berharap mereka yang cedera dapat segera sembuh."

Pejabat Perdagangan Singapura di Taipei berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan, tambah jurucakap itu.

MFA menambah bahawa pihaknya sudah menghubungi warga Singapura di Taiwan yang sudah mendaftar secara elektronik dan akan terus memantau keadaan dengan teliti.

Mereka yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Pejabat Perdagangan Singapura di Taipei di talian +886 953-532-638 atau talian 24 jam Pejabat Petugas MFA di +65 6379-8800/8855.

Sumber : CNA/TQ/tq

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa