Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Tiada tindakan terhadap wanita setelah doktor dibebaskan dari tuduhan cabul kehormatannya

Pejabat Peguam Negara (AGC) menyatakan pada Selasa (31 Ogos) bahawa pihaknya tidak akan mengambil tindakan terhadap seorang wanita yang mengadu bahawa doktor telah mencabul kehormatannya setelah doktor berkenaan dibebaskan daripada tuduhan berbuat demikian.

Anggaran Waktu Membaca:
Tiada tindakan terhadap wanita setelah doktor dibebaskan dari tuduhan cabul kehormatannya

Gambar fail: Calvin Oh

Diterbitkan : 31 Aug 2021 08:16PM Dikemas Kini : 31 Aug 2021 08:19PM

SINGAPURA: Pejabat Peguam Negara (AGC) menyatakan pada Selasa (31 Ogos) bahawa pihaknya tidak akan mengambil tindakan terhadap seorang wanita yang mengadu bahawa doktor telah mencabul kehormatannya setelah doktor berkenaan dibebaskan daripada tuduhan berbuat demikian.

Pada 16 Ogos, Dr Yeo Sow Nam, 52 tahun, dibebaskan daripada empat tuduhan mencabul kehormatan seorang wanita berusia 32 tahun di Hospital Mount Elizabeth pada Oktober 2017.

Wanita itu mendakwa doktor berkenaan memeluknya, mencekak pinggangnya, mencengkam payudaranya dan mencium kepalanya.

Pihak pendakwa memutuskan untuk menggugurkan tuduhan-tuduhan itu setelah menimbangkan bukti serta hujah peguam bela.

Dalam kenyataan medianya pada Selasa, AGC menjelaskan bahawa menurut penilaiannya kes terhadap pengadu memberikan keterangan palsu "tidak mungkin dibuat".

"Bukti tidak konsisten pengadu pada dasarnya tidak berkaitan dengan intipati tuduhannya terhadap Dr Yeo yang dituduh mencabul kehormatannya," menurut AGC.

"Juga tiada bukti yang menunjukkan bahawa pengadu memalsukan keterangannya mengenai tuduhan tersebut.

"Lebih penting lagi, tiada penemuan oleh pihak mahkamah bagi kes ini yang menunjukkan pengadu telah berbohong atau bahkan memberikan bukti yang tidak konsisten."

Berhubung kes ini, AGC tidak akan mengambil tindakan terhadap wanita itu, menurut kenyataan tersebut.

AGC menambah sekiranya terdapat bukti yang jelas bahawa seseorang telah berbohong setelah bersumpah dalam prosiding undang-undang, pihaknya akan "menimbangkan secara serius" untuk memulakan prosiding terhadap orang itu kerana berbohong.

MENGAPA TUDUHAN DIGUGURKAN

Pihak pendakwa tidak membuat keputusan untuk menarik balik tuduhan terhadap Dr Yeo atas dasar bahawa wanita itu tidak bercakap benar tentang tuduhan mencabul kehormatannya, menurut AGC.

Dalam kes jenayah sedemikian, di mana seseorang yang dituduh dibicarakan berdasarkan keterangan pengadu semata-mata, undang-undang memerlukan bukti pengadu yang “secara luar biasa dianggap meyakinkan” sebelum tertuduh boleh disabitkan kesalahannya, menurut kenyataan itu.

Tuduhan dikenakan ke atas Dr Yeo setelah beberapa pendakwa menilai bukti wanita itu sebagai "sangat meyakinkan", dan tuduhan terhadap doktor itu "mungkin dapat dibuktikan", menurut kenyataan media.

"Sepanjang perbicaraan kes tersebut pada Mac 2021, beberapa bukti pengadu di mahkamah bagaimanapun didapati tidak konsisten.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan