Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Tiada tindakan terhadap NCMP Leong Mun Wai selepas padam dakwaan, mohon maaf kepada Speaker

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Tiada tindakan akan diambil terhadap Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP) Leong Mun Wai setelah beliau memadam catatannya di Facebook dan memohon maaf kepada Speaker Parlimen Tan Chuan-Jin.

"Encik Leong memadamkan beberapa dakwaan pada catatan Facebooknya, menjelaskan bahawa beliau tidak berniat untuk memfitnah para menteri dan mengaku bersalah kerana membuat beberapa dakwaan dalam kenyataannya di parlimen," kata Ketua Dewan Indranee Rajah pada Selasa (18 Apr).

"Mengambil kira yang tersebut, kami tidak perlu mengambil tindakan selanjutnya bagi isu berkenaan."

Kenyataan oleh Cik Indranee itu menyusuli perbahasan hangat antara Encik Leong, iaitu Setiausaha Agung Parti Kemajuan Singapura (PSP) dan Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang K Shanmugam di parlimen pada 22 Mac.

Encik Shanmugam mengeluarkan kenyataan tiga hari sebelum itu di mana beliau menjawab pertanyaan Encik Leong mengenai mengapa Encik Lee Hsien Yang dan isterinya Cik Lee Suet Fern dinamakan sewaktu siasatan polis sedangkan individu-individu yang disiasat dalam kes rasuah Keppel Marine & Offshore tidak dinamakan.

NCMP itu tidak berpuas hati dengan jawapan Encik Shanmugam dan memuat naik dakwaan di Facebook bahawa tindakan menteri itu untuk memetik kes Parti Liyani adalah satu percubaan untuk "mempengaruhi pendapat umum".

Kata NCMP itu lagi: "Apa yang SM Teo dan Menteri Shanmugam lakukan boleh menjadikan Parlimen platform untuk mempengaruhi pendapat umum tentang prosiding jenayah."

Pada 22 Mac, Encik Shanmugam berkata, Encik Leong berulang kali melanggar prosedur parlimen.

Sewaktu pertukaran hangat yang menyusuli, Encik Leong menjawab penjelasan Speaker Tan Chuan-Jin dan berkata: "Speaker, jika menteri tidak bertanya kepada saya, saya sarankan awak tidak bertanya."

Encik Leong memohon maaf setelah ditegur oleh Encik Tan dan diminta untuk mengekalkan adat perbahasan.

Encik Leong kemudian memadam beberapa dakwaan daripada catatannya di Facebook.
PERINGATAN MENGENAI PERATURAN

Pada Selasa, Cik Indranee berkata, Encik Leong menegur Encik Tan dengan cara yang tidak beradab.

Beliau berkata, Peraturan Tetap Parlimen menggariskan proses-proses untuk menangani anggota-anggota yang mencabul hak istimewa parlimen atau tidak menghormati kuasa ketua.

"Ia boleh ditarik balik," tekan Cik Indranee.

Cik Indranee turut mengingatkan anggota-anggota parlimen agar tidak membuat dakwaan yang tidak boleh dibuktikan, untuk mengelak mengeluarkan kenyataan di luar parlimen yang menggambarkan Speaker atau anggota-anggota lain dan memfitnah prosiding parlimen.

"Peraturan tersebut tidak menghalang perbahasan kukuh. Perbahasan kukuh dan percanggahan idea dijangkakan," katanya.

"Peraturan digariskan untuk memastikan fokusnya kekal pada mengusulkan perkara-perkara berbukti dan bukan kenyataan yang palsu atau tidak disokong bukti atau mengeluarkan fitnah yang hanya menghakis kepercayaan dan menggugat demokrasi."
Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan