Skip to main content

Singapura

Tiada tindakan lanjut terhadap keluarga bekas pengerusi CAG suruh Parti Liyani bekerja di rumah, pejabat anaknya

Tiada tindakan lanjut akan diambil terhadap bekas majikan Cik Parti Liyani - keluarga tokoh perniagaan terkemuka Encik Liew Mun Leong - kerana menyuruhnya bekerja secara haram di kediaman dan pejabat anaknya, Karl Liew.

Anggaran Waktu Membaca:
Tiada tindakan lanjut terhadap keluarga bekas pengerusi CAG suruh Parti Liyani bekerja di rumah, pejabat anaknya

Karl Liew. (Gambar: Raj Nadarajan/TODAY

Diterbitkan : 06 Nov 2020 12:10AM Dikemas Kini : 06 Nov 2020 12:12AM

SINGAPURA: Tiada tindakan lanjut akan diambil terhadap bekas majikan Cik Parti Liyani - keluarga tokoh perniagaan terkemuka Encik Liew Mun Leong - kerana menyuruhnya bekerja secara haram di kediaman dan pejabat anaknya, Karl Liew.

Dalam kenyataan media yang dikeluarkan pada Khamis (5 Nov), Kementerian Tenaga Manusia (MOM) menyatakan bahawa pihaknya sebelum ini sudah menyiasat aduan bekas pembantu rumah warga Indonesia itu terhadap bekas majikannya pada 2017 dan 2018 yang mendakwa bahawa beliau disuruh bekerja di tempat lain secara haram.

MOM turut mendedahkan bahawa ia berbincang dengan Pejabat Peguam Negara (AGC) setelah memuktamadkan siasatannya.

Menyusuli siasatan Mahkamah Tinggi baru-baru ini, MOM menyatakan bahawa pihaknya kemudian melancarkan semakan terhadap kes itu dan menjalankan siasatan lanjut.

Kementerian itu sudahpun selesai menjalankan semakannya dan berunding dengan AGC mengenai saranan-saranannya.

"AGC sudah mengesahkan tindakan awal yang diambil oleh MOM terhadap bekas majikan Cik Parti berhubung arahan yang menyuruhnya bekerja secara haram di kediaman dan pejabat Karl Liew dan mengarahkan agar tindakan selanjutnya tidak diambil terhadap pihak-pihak yang terlibat dalam perkara ini," menurut kenyataan itu lagi.

Awal Khamis, Karl Liew, anak lelaki bekas pengerusi Changi Airport Group Liew Mun Leong didakwa dengan tuduhan berbohong semasa memberikan keterangan dalam perbicaraan kes Cik Parti dan berbohong kepada seorang pegawai polis.

Bekas pegawai bank itu, 43 tahun, dikenakan satu tuduhan memberikan keterangan palsu dan satu lagi tuduhan mengemukakan bukti palsu semasa semasa prosiding kehakiman.

Sumber : Today/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita