Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Tiada siaran langsung perbicaraan kes Najib: Menteri Komunikasi dan Multimedia M'sia

Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo hari ini (1 Nov) menolak cadangan supaya perbicaraan kes mahkamah melibatkan mantan Perdana Menteri Najib Razak disiarkan secara langsung.

Anggaran Waktu Membaca:
Tiada siaran langsung perbicaraan kes Najib: Menteri Komunikasi dan Multimedia M'sia

Gambar fail mantan Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak. (Gambar: Mohd Rasfan/AFP)

Diterbitkan : 01 Nov 2018 08:36PM Dikemas Kini : 01 Nov 2018 08:39PM

KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo hari ini (1 Nov) menolak cadangan supaya perbicaraan kes mahkamah melibatkan mantan Perdana Menteri Najib Razak disiarkan secara langsung.

Beliau menegaskan perbicaraan itu tidak akan disiarkan secara langsung oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama).

Menurutnya, kedua-dua entiti media itu mempunyai siaran yang terhad dengan pelbagai liputan berita dan program yang perlu disiarkan di saluran masing-masing.

“RTM mempunyai saluran terhad, begitu juga Bernama. Kami mempunyai banyak perkara lain untuk dibuat liputan berita di negara ini," katanya kepada para wartawan di lobi Parlimen hari ini (1 Nov).

Encik Gobind Singh menekankan bahawa liputan berita kes mahkamah akan dilakukan seperti biasa oleh dua entiti berita itu sama seperti mana dengan kes mahkamah yang lain.

“Bagi pihak kami, berita (tentang perbicaraan itu) akan dibuat liputan sepertimana yang sentiasa dilakukan dengan kes-kes mahkamah yang lain,” katanya. 

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan