Tiada sebarang 'niat jahat' dari insiden helikopter berdaftar Malaysia rentasi ruang udara SG: Ng Eng Hen
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Facebook/Angkatan Tentera Udara Singapura
SINGAPURA: Tiada sebarang "niat jahat" yang timbul daripada insiden di mana sebuah helikopter awam yang berdaftar Malaysia didapati memasuki ruang udara Singapura pada 9 Ogos lalu. Ia sekali gus menyebabkan Angkatan Tentera Udara Singapura (RSAF)mengerahkan dua jet F-16.
Demikian menurut Menteri Pertahanan Ng Eng Hen pada Isnin (18 Sep).
Dalam satu jawapan bertulis, Dr Ng berkata bahawa helikopter terbabit telah diberi kontrak untuk mengambil gambar pelantar minyak yang berdaftar di Malaysia, yang sedang diangkut dari Pasir Gudang ke Miri, Sarawak apabila ia tersilap memasuki ruang udara Singapura tanpa kebenaran.
"Penilaian kami adalah terdapat tiada sebarang niat jahat yang wujud daripada insiden ini," katanya.
Dr Ng berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan Anggota Parlimen (AP) Joan Pereira (PAP-Tanjong Pagar) mengenai sama ada keselamatan sebarang pesawat terjejas ekoran kejadian ini dan apa langkah-langkah yang akan dilaksanakan bagi mengelak insiden seupama itu daripada berlaku pada masa depan.
Dr Ng menjelaskan bahawa helikopter berkenaan terbang dari Lapangan Terbang Senai di Johor dan menghala ke arah Pengerang. Semasa penerbangan tersebut, helikopter tersebut melakukan persinggahan di Zon Kawalan Changi dan memasuki ruang udara wilayah Singapura tanpa sebarang pemberitahuan awal.
Beliau juga menambah bahawa Kawalan Trafik Udara Singapura tidak menerima sebarang pelan penerbangan.
"Memandangkan helikopter tersebut telah memasuki ruang udara wilayah Singapura pada 12.37 tengah hari tanpa memaklumkan mana-mana pihak, dua jet pejuang F-16 RSAF dikerahkan, selaras dengan prosedur operasi standard kami bagi pesawat yang tidak dikenal pasti di ruang udara kami yang mungkin menimbulkan ancaman," kata Dr Ng.
Helikopter tersebut meninggalkan ruang udara Singapura pada 1.03 petang dan jet F-16 RSAF menyelesaikan tugas kerahan itu pada pukul 2.05 petang selepas memastikan tiada lagi ancaman keselamatan lanjut, tambah menteri itu.
Meskipun terdapat "tiada sebarang kesan jelas" terhadap keselamatan trafik udara awam semasa helikopter berkenaan berada di Zon Kawalan Changi, ruang udara di sekitar Lapangan Terbang Changi ditutup sebagai respons kepada kemasukan yang tidak dibenarkan.
Akibatnya, 36 penerbangan yang tiba di Lapangan Terbang Changi dan lapan penerbangan yang sedang berangkat dari lapangan terbang itu tertunda, jelas Dr Ng.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.