Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Tiada sebab gugurkan arahan pembetulan POFMA terhadap TOC kerana terbit kenyataan Lawyers for Liberty

Mahkamah Rayuan menolak permohonan The Online Citizen (TOC) untuk menggugurkan arahan pembetulan yang dikeluarkan kepadanya pada 2 Januari 2020, menurut Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) dalam satu kenyataan pada Jumaat (8 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Tiada sebab gugurkan arahan pembetulan POFMA terhadap TOC kerana terbit kenyataan Lawyers for Liberty
Diterbitkan : 08 Oct 2021 09:28PM Dikemas Kini : 08 Oct 2021 09:30PM

SINGAPURA: Mahkamah Rayuan menolak permohonan The Online Citizen (TOC) untuk menggugurkan arahan pembetulan yang dikeluarkan kepadanya pada 2 Januari 2020, menurut Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) dalam satu kenyataan pada Jumaat (8 Okt).

MHA menyatakan bahawa mahkamah memutuskan bahawa tiada sebab untuk menggugurkan arahan pembetulan POFMA yang dikeluarkan tahun lalu kepada laman berita alternatif itu apabila ia menerbitkan satu kenyataan yang dikeluarkan sebuah kumpulan Malaysia, Lawyers for Liberty.

Lawyers for Liberty membuat dakwaan "palsu, berniat jahat untuk mencemarkan nama baik" terhadap Khidmat Penjara Singapura (SPS) termasuk dakwaan bahawa SPS menggunakan kaedah hukuman mati yang "kejam dan tidak menurut undang-undang" tambah kementerian tersebut.

"Mahkamah Rayuan menarik perhatian TOC tidak membuat percubaan untuk membuktikan sebarang dakwaan serius itu," menurut MHA.

Mahkamah menyatakan bahawa dakwaan kumpulan itu sudah "dibuktikan sebagai salah dan palsu secara terperinci" oleh SPS dan dakwaan yang diterbitkan semula oleh TOC "tidak berasas" sama sekali.

"Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa tiada sebab untuk menggugurkan arahan pembetulan itu. TOC jelas telah menerbitkan kenyataan fakta yang palsu," menurut MHA lagi.

Mahkamah juga menolak semua hujah yang mendakwa bahawa POFMA tidak mengikut perlembagaan dan memutuskan bahawa "amat jelas tanpa ragu-ragu" bahawa Parlimen menyifatkan POFMA sebagai "wajar atau perlu" bagi kepentingan keselamatan negara dan ketenteraman awam.

Mahkamah juga menyatakan bahawa POFMA memenuhi keperluan seimbang seperti mana yang disampaikan Menteri Undang-undang merangkap Ehwal Dalam Negeri K Shanmugam di parlimen, sewaktu perbahasan POFMA dan perbahasan FICA baru-baru ini.

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan