Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Tiada satu pun kontak rapat 11 kes cacar monyet di S'pura diuji positif

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 01 Aug 2022 03:34PM Dikemas Kini : 01 Aug 2022 11:52PM
SINGAPURA: Tiada kontak rapat tempatan bagi 11 kes cacar monyet di Singapura mengalami gejala seakan-akan virus tersebut atau diuji positif, dedah Menteri Negara Kanan Kesihatan Dr Janil Puthucheary di Parlimen pada Isnin (1 Ogos).

Setakat 31 Julai, Singapura melaporkan 11 kes cacar monyet.

Tiada satu pun daripada kes ini dikaitkan antara satu sama lain.

Kesemua pesakit itu mengalami "gejala ringan dan berada dalam keadaan stabil", dan "diasingkan dengan serta-merta sehingga tidak lagi berjangkit," kata Dr Puthucheary.

Seramai 45 kontak rapat sudah dikenal pasti melalui pengesanan kontak.

Daripada jumlah itu, 10 dibenarkan keluar sebelum tamat tempoh kuarantin mereka.

Semua kontak rapat di Singapura berada dalam keadaan stabil, dengan 11 daripada mereka sudah menamatkan tempoh kuarantin masing-masing.

"Justeru, tiada bukti terdapat penularan dalam kalangan masyarakat disebabkan oleh kes-kes yang dilaporkan," ujar Dr Puthucheary.

Kontak-kontak rapat tersebut juga diberikan vaksin cacar sebagai langkah berjaga-jaga untuk mencegah penyakit tersebut. Vaksin berkenaan dilaporkan 85 peratus berkesan untuk mencegah penyakit cacar monyet.

Sejauh ini, 11 kontak rapat sudah diberikan suntikan vaksin cacar, dedah Dr Puthucheary.

Kementerian Kesihatan (MOH) akan terus memantau situasi semasa cacar monyet dengan teliti dan menentukan langkah-langkah sewajarnya termasuk strategi vaksinasi, jika perlu, tambah Dr Puthucheary.
Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan