Tiada saranan dikemukakan bagi pembinaan pusat pelancongan bersepadu Daerah Tasik Jurong
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Lembaga Pelancongan Singapura)
SINGAPURA: Tiada saranan dikemukakan untuk membangunkan dan mengendalikan sebuah pembangunan pelancongan bersepadu di Daerah Tasik Jurong.
Pada Mac lalu, Lembaga Pelancongan Singapura (STB) melancarkan permintaan saranan (RFP) bagi mendapatkan cadangan-cadangan untuk membangunkan dan mengendalikan tapak tersebut. Tender bagi proses tersebut sudahpun ditutup.
Dalam responsnya kepada pertanyaan Mediacorp, pengarah konsep daya tarikan, hiburan dan pelancongan STB Ashlynn Lo pada Khamis (15 Dis) berkata: "Kami difahamkan oleh pihak-pihak berkepentingan bahawa geopolitik dan persekitaran ekonomi pada awal tahun ini telah menjejas respons terhadap RFP."
"STB akan terus meninjau dan menilai sentimen pasaran dan mengkaji pelbagai kemungkinan bagi pembangunan pelancongan ini."
"Dengan pemulihan kukuh pada permintaan pelancongan, kami tetap yakin dengan potensi tapak ini, yang ditempatkan bersebelahan dengan Pusat Sains yang baru dan Taman Tasik Jurong, yang menawarkan pemandangan Tasik Jurong yang luas dan indah."
Selepas menawarkan tender, keseluruhan tapak akan dipajakkan kepada syarikat pemaju yang berjaya bagi tempoh selama 60 tahun dan mesti disiapkan dalam masa lima tahun dari tarikh saranan tersebut diterima.

Pada Mac lalu, STB menyatakan bahawa ia menjangkakan pembangunan itu akan merangkumi "penginapan bermutu tinggi" dengan sebanyak 350 bilik hotel dianggarkan, di samping gabungan daya tarikan, runcit, makanan dan minuman (F&B) dan hiburan.
Pelan bagi pembangunan seluas 6.8 hektar yang akan ditempatkan bersebelahan dengan Tasik Jurong akan menjadi hab utama pelancongan dan gaya hidup di pusat perniagaan terbesar di luar kawasan CBD yang diumumkan sebelum ini pada 2019.
Sasaran untuk membangunkannya pada 2026 ditunda sehingga 2028.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.