'Tiada rundingan aktif dengan ABBA Voyage', dedah STB tentang konsert disenarai dalam kertas pertuduhan Iswaran
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: CNA/Gaya Chandramohan, iStock)
SINGAPURA: Lembaga Pelancongan Singapura (STB) pada Jumaat (19 Jan) menyatakan bahawa "tiada rundingan aktif bersama ABBA Voyage", iaitu pengalaman concert virtual oleh kugiran pop Sweden ABBA, yang disenaraikan dalam dakwaan rasuah ke atas mantan Menteri Pengangkutan S Iswaran.
Dalam respons kepada soalan daripada Mediacorp mengenai status persembahan tersebut di Singapura, seorang jurucakap STB berkata: "Untuk memperbaharui tawaran pelancongan Singapura, STB sentiasa meneroka untuk membawa persembahan dan tarikan baharu dari seluruh dunia ke negara ini.
"ABBA Voyage adalah di antaranya yang diterokai STB. Tiada rundingan aktif dengan ABBA Voyage buat masa ini."
Kenyataan tersebut tidak menyatakan sama ada perbincangan untuk mengadakan konsert ABBA Voyage di Singapura sudah bermula.

Encik Iswaran didakwa di mahkamah pada Khamis (18 Jan) atas beberapa kesalahan, beberapa bulan selepas siasatan ke atasnya didedahkan kepada umum. Daripada 27 pertuduhan yang dihadapinya, dua kesalahan berada di bawah Akta Pencegahan Rasuah.
Salah satu kertas pertuduhan tersebut menyatakan bahawa, pada Disember 2022, Encik Iswaran, yang ketika itu bertugas sebagai menteri pemerintah, memperolehi barangan daripada hartawan hartanah Ong Beng Seng secara haram, sebagai pertukaran untuk memajukan kepentingan perniagaannya berkaitan dua kontrak.
Salah satunya adalah cadangan kontrak dengan STB untuk mengadakan ABBA Voyage di Singapura.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.