Tiada rakyat SG cedera dalam rempuhan pasar Krismas di Jerman: MFA
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Tiada laporan mengenai rakyat Singapura yang terjejas atau cedera dalam serangan ke atas pasar Krismas di Jerman, menurut Kementerian Ehwal Luar Singapura (MFA) pada Ahad (22 Dis).
MFA juga menasihatkan rakyat Singapura yang berada di Jerman supaya mengelakkan tempat-tempat yang sesak.
Lima orang, termasuk seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun, terbunuh selepas sebuah kereta merempuh orang ramai di bandar Magdeburg di timur Jerman pada petang Jumaat (20 Dis). Lebih 200 orang turut cedera, dengan berpuluh-puluh cedera parah.
"Singapura mengutuk serangan ngeri itu," kata jurucakap MFA. "Tiada apa-apa yang mewajarkan serangan sebegitu ke atas orang yang tidak bersalah. Ingatan kami ditujukan kepada mangsa dan keluarga mereka, dan kami berharap mereka yang cedera akan cepat sembuh. Singapura berdiri teguh dengan rakyat Jerman dalam tempoh yang sukar ini."
Kedutaan Singapura di Berlin telahpun menghubungi warga Singapura yang sudah mendaftarkan diri mereka di Saxony-Anhalt, iaitu wilayah yang menempatkan bandar Magdeburg. Kedutaan Singapura juga mengekalkan hubungan rapat dengan pihak berkuasa tempatan untuk menentukan sama ada terdapat rakyat Singapura yang terjejas, menurut MFA.
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mengenai serangan itu menunjukkan sebuah SUV BMW berwarna hitam yang dipandu pada kelajuan tinggi merempuh orang ramai di pasar Krismas itu.
Suspek yang diberkas di tempat kejadian ialah seorang doktor psikiatri warga Saudi berusia 50 tahun. Taleb al-Abdulmohsen berpegang kepada pendirian anti-Islam dan marah dengan dasar Jerman terhadap pendatang dan pemohon suaka, kata para pegawai pada Sabtu (21 Dis).
Dalam temu bual berhubung perkara lain dengan AFP pada 2022 yang tidak diterbitkan, Abdulmohsen menggambarkan dirinya sebagai "ateis Saudi".
Menteri Dalam Negeri Jerman Nancy Fraser berkata Abdulmohsen menyokong "Islamofobia".
MFA menasihatkan rakyat Singapura di Jerman supaya mengikuti perkembangan berita setempat dan mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan.
“Mereka harus berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga yang perlu, termasuk mengelakkan tempat yang sesak, dan terutamanya tempat kejadian berhampiran daerah Magdeburg Alter Markt,” tambah kementerian itu.
Rakyat Singapura yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Kedutaan Singapura atau Pejabat 24 jam Kementerian Ehwal Luar di:
Kedutaan Singapura di Berlin
Tel: +49 30 2263 430
Telefon Bimbit Pegawai Bertugas: +49 152 2341 2182
Emel: Singemb_ber [at] mfa.sg
Pejabat MFA (24 Jam)
Tel: +65 6379 8800/8855
Emel: mfa_duty_officer [at] mfa.gov.sg

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.