Skip to main content

Singapura

Tiada rakyat S'pura cedera akibat gempa Hokkaido

Pemerintah mengutuskan kawat takziah yang mendalam kepada kerajaan Jepun dan keluarga mangsa gempa bumi di Hokkaido.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 06 Sep 2018 09:46PM Dikemas Kini : 07 Sep 2018 12:00AM

SINGAPURA: Pemerintah mengutuskan kawat takziah yang mendalam kepada kerajaan Jepun dan keluarga mangsa gempa bumi di Hokkaido.

Menurut Kementerian Ehwal Luar (MFA), tiada laporan mengenai rakyat Singapura yang cedera sejauh ini.

Memandangkan gegaran susulan berisiko berlaku, rakyat Singapura yang kini berada di Hokkaido atau merancang untuk ke sana, dinasihati supaya berhati-hati.

Dalam pada itu, rakyat Singapura dinasihati supaya mengelakkan daripada melakukan perjalanan yang tidak perlu ke Osaka, Jepun.

Nasihat itu dikeluarkan oleh MFA setelah Jepun dilanda taufan Jebi.

MFA menambah rakyat Singapura yang terjejas akibat pembatalan atau penangguhan penerbangan harus menghubungi pihak syarikat penerbangan atau ejen pelancongan mereka bagi mendapatkan jadual penerbangan terkini.

Mereka yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Kedutaan Singapura di Tokyo menerusi talian +81-90-32084122 atau Pejabat Petugas di MFA di talian +65 6379 8800/8855.  

Sumber : CNA/NT/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita